PSIKOLOGI SUKAN
PENGENALAN
Psikologi sukan
merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik
serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan
merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam
dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga
merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh
bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga
menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani
tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah
penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan
menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.
Contohnya, bila
membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman
ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi
seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang
yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang
melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru
itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu
perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan
yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk
mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.
Psikologi sukan boleh
ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta
pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif
mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti
tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang
sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan
merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam
bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi
sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan
mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih
luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan
yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau
padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti
perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :
- Menyatakan sesuatu
tingkah laku
- Menerangkan tingkah
laku tersebut
- Membuat andaian
tentang tingkah laku tersebut.
Keadaan seseorang atlet
diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai
untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan
sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan
langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka
terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.
Untuk mendalami dan
memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarah perkembangan
bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub (1993), bidang
psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25
tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yang
lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi
sukan merupakan bidang yang masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan
apabila ditanya tentang sejarah psikologi sukan oleh Wann (1997), psikologi
sukan ini sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri.
Kenyataan McGowan itu
merujuk kepada atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan olympik di Greece.
Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi
yang lain bagi menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada
penghujung abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet
mendapat perhatian para pengkaji. Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan
telah dilakukan oleh Norman Triplett pada tahun 1898 (Davis, Huss dan Backer,
1995). Dalam kajian tesis sarjana beliau, Triplett mendapati bahawa masa yang
dicatatkan oleh pelumba basikal yang berlumba secara individu adalah lebih
perlahan daripada masa yang dicatatkan oleh pelumba yang bersaing dengan
pelumba yang lain. Ini adalah kesan dari segi fasilitasi sosial.
Untuk memastikan
kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang sama
dalam makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuh
basikal selaju yang boleh secara bersendirianserta beramai-ramai. Hasilnya sama
dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Beliau merumuskan bahawa
pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang lainmencatatkan masa
yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan
kesan dari fasilitasi sosial.
Peringkat kedua dapat
dilihat dalam sejarah perkembangan bidang psikologi sukan ini adalah
pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat
pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith. Griffith sangat berminat mengkaji
tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910, sehingga beliau diberikan gelaran
sebagai Bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox, 1998). Kajian yang
dilaksanakan oleh Griffith tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu motor,
prestasi serta personality. Hasil kajian serta idea yang popular tentang
psikologi sukan banyak terdapat dalam dua karya utama beliau iaitu The
Psycholoogy of Coaching dan The Psychology of Athletics. Penutupan makmal
Griffith pada tahun 1932 membantutkan perkembangan psikologi sukan sehingga
tahun 1950-an. Mulai dekad tersebut, psikologi sukan mula membebaskan diri dari
induknya iaitu bidang pembelajaran motor serta bergerak kearah menjadi satu
bidang pengkhususan yang tersendiri (Landers, 1995)
Majlis Olimpik Amerika
Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983 yang mengandungi
satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan.
Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli
psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan
penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984).
Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli
psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan.
Ahli Psikologi Sukan
Gunaan
(a) Ahli psikologi
sukan klinikal
Kategori pertama ahli
psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal. Mereka ini adalah
golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana berkelayakan
menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi sukan
klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti
serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi
yang teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam
jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan
perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan
mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam
menangani masalah mereka.
(b) Pendidikan
psikologi sukan
Kebanyakan ahli
psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat latihan
dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta
mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai
tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam
pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat
rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti
imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus
kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet
tertentu. Tugas mereka lebih kepada “jurulatih mental” iaitu membantu individu
yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan
potensi diri masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi
sukan, kelayakan peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan
kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini
yang membabitkan latihan mental.
Apa yang kita faham
pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukan boleh
diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat
memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara
melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam
konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini
yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat
klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan
yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat
pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi
seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang
berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Untuk memudahkan kita
mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang
kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh
Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American
Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini
menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :
1. Bertanggungjawab –
Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta
saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan
dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan
dengan keadaan.
2. Berkelayakan – Ahli
psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan serta
berpengalaman melakukannya.
3. Mematuhi moral dan
etika – Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan yang
berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.
4. Kenyataan umum –
Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas
serta penglibatan
mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.
5. Kerahsiaan – Ahli
psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan
oleh klien atau subjek kajian mereka.
6. Kebajikan klien –
Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti klien serta kumpulan
yang mendapatkan khidmat mereka.
7. Hubungan profesional
– Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan
dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan.
8. Teknik penilaian –
Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau
teknik penilaian atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan.
9. Kajian yang
milibatkan manusia – Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang
terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan
peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa
diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.
KESIMPULAN
Sebagaimana yang kita
semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukan ini seharusnya
seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana
melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan.
Untuk mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui
konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting
kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan
ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri
yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya
kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh
seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang
pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya
termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis
sukan seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Selain itu,
perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika
dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang
terlibat dalam profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira
kerana aspek-aspek tersebut akan mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan
serta memberikan kesan yang positif kearah usaha meningkatkan mutu persembahan
dan pencapaian atlet negara.
Rujukan:
Anshel, M H. (2003). Sport
Psychology: From theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc.
Shaharudin Abd. Aziz. (2001).
Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan.
Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
http://gsport-gsport.blogspot.com/2011/06/psikologi-sukan-bahagian-2.html. Diakses pada 8 Januari 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan