Sukan Dan Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak
Sosialisasi Sukan
Faktor sosiobudaya
mempengaruhi penyertaan atlet remaja dan wanita dalam sukan. Dalam konteks
budaya, sukan dianggap sebagai satu wadah sosialisasi. Sosialisasi merupakan
proses di mana anggota masyarakat saling berkomunikasi dan berinteraksi di
antara satu sama lain serta menentukan peranan yang mesti dimainkan oleh setiap
anggota masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.
Secara tradisinya,
penyertaan dalam sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah lama terbentuk. Kita
boleh lihat bagaimana pembahagian serta jenis-jenis sukan mengikut jantina
terbentuk dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan diri
dalam sukan secara aktif, mereka sebenarnya telah melangkah batas norma yang
telah ditetapkan oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif selepas
baligh.
Menurut Eccles dan
Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk menyertai sukan
dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi,situasi dan persekitaran dan
faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara
individu. Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan
dalam kehidupan seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi
penglibatan mereka dalam sukan (Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua
ibu bapa serta pengaruh saudara tua (abang atau adik) turut mempengaruhi
penglibatan dalam sukan (Eccles & Harold, 1991) ; Greendorfer, 1992).
Faktor Sosialisasi Dalam Penglibatan Sukan Kanak-Kanak.
Proses sosialisasi
adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang
lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan
menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.Proses sosialisasi
ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses
sosialisasi melalui sukan.
Faktor pertama
berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi
pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian.
Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan
berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role
model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang
meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai
lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.
Di samping itu,
berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan
seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan
sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan
mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka,
penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit.
Selain itu, proses
sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam
institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati
ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan
menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua
pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua
tidak akan diamalkan.
Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan
berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan
tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling
berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui
kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak
berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan
idea tanpa rasa bersalah.
Proses sosialisasi ke
dalam sukan juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang
dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan
dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang
yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar
manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar
peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.
Proses sosialisasi yang
kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan. Faktor utama proses sosialisasi
melalui sukan ialah sukan sebagai alat mensosialisasikan individu terbabit.
Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan seperti sikap bekerjasama,
berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta mematuhi undang-undang
dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu
sendiri. Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap
yang baik, nilai-nilai murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu
terserlah. Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika
dahulu seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan
individu tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini
dapat dilihat dalam sukan ragbi dan gusti.
Di samping itu, proses
sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk mengintegrasikan
atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut akan terbentuk sikap saling
membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan sukan dengan
mengamalkan sikap saling membantu. Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di
kalangan ahli-ahli pasukan.
Selain itu, proses
sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan motivasi kejayaan.
Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kemenangan dalam pertandingan. Motivasi yang diterima sama ada berbentuk
motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam
aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk
mengharumkan nama negara dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan
untuk mendorong atlet mencapai kejayaan
dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy.
Seterusnya, proses
sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat pertahanan diri. Individu
akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri
sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain. Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat
melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. Misalnya
individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate
do, taekwondo, menembak dan memanah.
Kesimpulannya,
sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga agen-agen sosialisasi hasil
daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui
sukan.
Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan
Murid-Murid
Perkembangan dan
tingkah laku individu boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Banyak
kajian-kajian telah dibuat mengenai perkembangan dan tingkah laku individu yang
dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Rahil dan Habibah (2002) yang memetik
pernyataan Penteori behaviorisme, Watson (1878-1958), iaitu:
“Give me a dozen
healthy infants, well-formed, and in my own special world to bring them up in
and I’ll guarantee to take any one at random and train him to become any type
of specialist I might select – doctor, lawyer, artist, merchant, chief, and
yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants,
tendencies, abilities, vocations and race of his ancestors.......”.
Mengikut teori ekologi
Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah
mikrosistem. Mikrosistem seperti dijelaskan awal adalah faktor seperti
keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan dan faktor agama dan budaya.
Dalam laporan ini cuma akan menyentuh tiga faktor dari mikrosistem iaitu
keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Ini kerana ketiga-tiga faktor ini lebih
dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan amnya dan
penglibatan dalam sukan bolasepak khasnya bagi murid-murid berumur 9 hingga 11
tahun di Sekolah Rendah Rimba I.
Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner
Teori ekologi ini
diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner. Menurut beliau, persekitaran manusia
berasas kepada hubungan dengan konteks di mana seseorang itu berinteraksi.
Beliau mengelaskan beberapa sistem yang cenderung mempengaruhi manusia kepada 5 sistem iaitu
Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem.
Pertama, mikrosistem
merujuk kepada sistem yang paling hampir dengan seseorang individu. Jika
dilihat dari Rajah 1, ianya terdiri daripada keluarga, sekolah, rakan sebaya,
kawasan permainan kejiranan dan kumpulan agama. Kedua, mesosistem pula merujuk
kepada hubungan seorang individu dengan individu yang lain dalam persekitaran
dimana seseorang itu berkembang. Seterusnya, eksosistem ialah suatu
persekitaran yang tidak melibatkan seseorang individu secara langsung tetapi
sebarang kegiatan dan peristiwa yang berlaku didalamnya akan mempengaruhi
individu dan keluarga tersebut. Manakala, makrosistem pula melibatkan
persekitaran yang abstrak. Ianya merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi
yang mendukung sesuatu budaya. Akhirnya, kronosistem ialah pola peristiwa dan
transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya.
Justeru itu, melalui
teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner, kita dapat
melihat bagaimana persekitaran itu boleh mempengaruhi perkembangan individu.
John (2006) menjelaskan mengenai dengan teori ekologi Bronfenbrenner seperti
berikut:
“Bronfenbrenner’s
theory has gained popularity in recent years. It provides one of the few
theoretical frameworks for systematically examining social contexts on both
micro and macro levels, bridging gap between behavioral theories that focus on
small settings and anthropological theories that analyze larger settings. His
theory has been instrumental in calling attention to the importance of looking
children’s lives in more than one setting. As we just saw, teachers often need
to consider not just what goes around in the classroom but also what happens in
students families, neighbourhoods and peer groups”.
Keluarga
John (2006) yang
memetik dari Garbarino, Bradshaw, & Kostelny (2005) dan Luster &
Okagaki (2005) menyatakan:
“Children grow up in
diverse families. Some parents nurture and support their children. Others treat
them harshly or ignore them. Some children have experienced their parents’
divorce. Others live their entire childhood in a never-divorced family. Others
live in a stepfamily. Some children’s mothers and fathers work full-time and
place them in after-school programs. Other children’s mothers or fathers are
present when they come home from school. Some children grow up in an ethnically
uniform neighbourhood, others in a neighbourhood that is more mixed. Some
children’s families live in poverty; others are economically advantaged. Some
children have siblings; others don’t. These varying circumstances affect
children’s development and influence students in and beyond the classroom”.
Keluarga juga merupakan
pengaruh awal yang hadir didalam perkembangan individu. Kehidupan keluarga
termasuk stail keibubapaan, sosio-ekonomik keluarga dan adik-beradik. Melalui
keluarga, individu dapat berdikari dan mencari identiti diri. (Rahil &
Habibah, 2002)
Terdapat empat aspek
dalam perhubungan ibu bapa yang terlibat dalam perkembangan individu iaitu
minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri
tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa.
Menurut Rahil dan
Habibah (2002) lagi, dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980), individu
memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaitu ‘authoritative’ dan
‘equalitarian’. Ibu bapa ‘authoritative’ menggalakkan anak-anak melibatkan diri
dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka dalam membuat keputusan.
Manakala ibu bapa ‘equilitarian’ pula cuba memberi remaja membuat keputusan
yang saksama.
Dari segi
sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat memberi dan menyediakan kemudahan,
peralatan serta makanan yang berzat dan seimbang akan dapat membantu
perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001) menyatakan bahawa makanan berzat
dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya dengan
sempurna. Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) juga menyatakan kekurangan
jenis-jenis makanan yang tertentu akan memberi kesan kepada pembentukan dan
perkembangan jasmani seseorang.
Selain daripada itu,
adik-beradik juga boleh mempengaruhi perkembangan individu. Menurut Mc Devitt
(2004) yang memetik dari Barr (1999) menyatakan bahawa ‘Older siblings also
serve as role models (e.g., for asking parents to buy something) and playmates
for younger children’. Beliau juga memuatkan pernyataan dari kanak-kanak
berumur 15 tahun yang bernama Robin yang menyatakan:
“My older brother is
kind of like my Dad. He’s really nice to me… With my brother, I usually like to
play sports. With my little brother, I always play video games with him. My
little sister, we like to argue with each other”
Shaharuddin (2001) juga
memetik dari Eccles & Harold (1991) dan Greendorfer (1992) menyatakan
bahawa pengaruh saudara tua (abang dan kakak) turut mempengaruhi penglibatan
dalam bidang sukan.
Daripada jawapan kaji
selidik yang diterima didapati faktor keluarga mempengaruhi penglibatan
murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan
bolasepak. Sebanyak 94% murid menyatakan bahawa bapa mereka menggalakkan mereka
untuk melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Sebanyak 76.5% bapa pula memberi
respons bahawa mereka menggalakkan anak mereka melibatkan diri dalam sukan
bolasepak dan 36% menghantar anak mereka untuk mengikuti skim bolasepak dan
menyediakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan. Sebanyak 74% murid-murid
menyatakan bahawa mereka bermain bolasepak di kawasan rumah. Selain itu,
sebanyak 86% murid-murid memberi respons bahawa penglibatan mereka dalam
bolasepak adalah kerana mengikut jejak adik-beradik mereka.
Sekolah
Faktor sekolah dan
persekolahan juga memberi sumbangan terhadap pembentukan dan perkembangan
individu. Selain daripada menerima pengetahuan dan pengajaran, sekolah adalah
institusi yang berfungsi sebagai pemberi pendidikan yang menyentuh aspek
nilai-nilai murni. Di sekolah seseorang individu dapat membentuk disiplin dan
sikap bertanggungjawab. (Shahabudin, Mahani, & Ramlah, 2003)
Selain itu,
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum juga membantu individu membentuk diri yang
positif. Pentadbir sekolah yang berusaha untuk memberikan kemudahan pengajaran,
pembelajaran dan prasarana yang kondusif akan dapat membantu proses
perkembangan individu di sekolah.
Rahil & Habibah
(2002) pula menjelaskan bahawa sekolah memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah,
aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. Selain itu, sekolah
juga mendedahkan kanak-kanak kepada guru-guru yang menekankan bukan sahaja
pencapaian akademik, motivasi untuk belajar, penguasaan kemahiran dan
mempertingkatkan kemajuan tetapi juga sikap tanggungjawab, kepimpinan dan
autoriti.
Daripada pemerhatian
dan kaji selidik yang dijalankan, faktor sekolah juga telah mempengaruhi
murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I untuk
melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Pihak sekolah, melalui peruntukan yang
diberikan oleh Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah padang bolasepak
dan kawasan lapang untuk mengadakan
latihan serta permainan bolasepak.
Bersesuaian dengan itu,
guru-guru pendidikan jasmani di sekolah ini menyediakan pengajaran serta
latihan-latihan yang menarik minat murid-murid dan juga memberikan motivasi
kepada mereka.
Sebanyak 82%
murid-murid menyatakan bahawa mereka berminat dalam sukan bolasepak kerana
galakan guru-guru mereka dan kemudahan yang disediakan.
Rakan Sebaya
Shahabudin, Mahani
& Ramlah (2003) menjelaskan bahawa rakan sebaya adalah agen penting
mempengaruhi pembentukan dan perkembangan individu kanak-kanak. Rakan sebaya
yang mempunyai nilai-nilai positif seperti bekerjasama, tolong menolong dan
saling bantu-membantu dapat membantu proses pembelajaran dan memberi kesan
kepada perkembangan individu.
Rahil & Habibah
(2002) pula menyatakan rakan sebaya melibatkan kesamaan sosial iaitu dari segi
umur, pematangan, latar belakang dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan
matlamat. Menurut mereka lagi, rakan sebaya juga menyumbang kepada sosialisasi
dengan menguji bakat seperti kebolehan sukan, keberanian, kepimpinan,
kepopularan dan kecantikan fizikal. Mereka juga membahagikan rakan sebaya
kepada dua jenis kumpulan iaitu click dan crowd.
Click merupakan satu
kumpulan yang rapat, yang mengandungi sekurang-kurangnya enam rakan. Mereka
melibatkan diri dalam aktiviti yang dikongsikan bersama dan keahlian dalam
click membenarkan persahabatan yang dipilih dimana mereka sangat akrab dan
berkongsi minat dan aktiviti seperti muzik, sukan, bercakap dan rupa fizikal.
Manakala crowd
mengandungi 15 hingga 30 orang. Biasanya ianya terdiri dari 2 hingga 4 kumpulan
click dalam persatuan tidak formal dan selalunya merupakan kelab, persatuan dan
organisasi sukan.
Selain itu, Mok Soon
Sang (2001) menjelaskan, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak yang
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar mendorong perkembangan intelek
dan potensinya ke tahap maksimum.
Shaharuddin (2001),
pula berpendapat bahawa pengaruh rakan sebaya dapat memberi ruang untuk merasai
kegembiraan bersama rakan-rakan apabila berjaya mempelajari sesuatu kemahiran
yang baru atau berjaya menguasai serta melakukan kemahiran dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu,
melihat dari respons yang diberikan dalam kaji selidik, didapati bahawa rakan
sebaya juga memainkan peranan yang besar dalam penglibatan murid-murid berumur
9 hingga 11 dalam sukan bolasepak. Sebanyak 83 % respons yang diberikan
menyatakan bahawa mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak kerana mengikut
rakan sebaya yang juga terlibat dalam sukan tersebut.
Respons yang diberikan
sesuai dengan penyataan oleh Shaharuddin (2001) iaitu diantara sebab-sebab
individu melibatkan diri dalam sukan ialah untuk bersama dengan rakan dan
menjalin persahabatan dengan rakan baru. Mereka belajar tentang persekitaran,
bersosialisasi dan berinteraksi dengan orang lain dengan bermain.
Sememangnya faktor
keluarga, sekolah dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah
Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Ini dapat dilihat daripada dapatan
daripada hasil kaji selidik yang banyak menjurus kepada pernyataan bahawa
ketiga-tiga faktor di atas saling berhubung kait dalam penglibatan mereka dalam
sukan bolasepak. Ini juga selaras dengan kajian-kajian yang menyatakan bahawa
persekitaran juga mempengaruhi perkembangan individu terutama dalam
pembelajaran. Oleh itu, perkembangan dan penglibatan individu itu boleh
dimanipulasi dengan menyediakan persekitaran yang boleh menyumbang kepada
perkembangan samada ianya positif ataupun negatif. Kita juga perlu melihat
pengaruh perkembangan individu dari pelbagai aspek dan teori ekologi
Bronfenbrenner dapat membantu untuk kita lebih memahami pengaruh-pengaruh yang
mempengaruhi perkembangan individu.
Faktor Personal Yang Mempengaruhi Penglibatan Kanak-kanak
Menurut Mohd Jafius
Bahari, faktor interpersonal juga akan mempegaruhi penglibatan seseorang
pelajar dalam aktiviti sukan. Sebagai contoh, Alan ingin main badminton tetapi
semua rakannya ingin bermain bola sepak. Maka, dia akan mengalami kesulitan mencari
rakan yang ingin bermain badminton dengannya dan seterusnya akan menyebabkan
dia jarang mengikuti aktiviti sukan. Faktor interpersonal yang lain termasuklah
tekanan kebimbangan budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan kemahiran
diri yang dimiliki.
Pelajar yang selalu
didenda oleh guru akan berasa takut terhadap guru sukan tersebut menyebabkan
mereka berhenti untuk belajar dan berpretasi baik semasa p&p. Dendaan yang
tidak bersesuaian apabila dikenakan kepada pelajar akan menyebabkan gangguan emosi
yang akan menjejaskan kecergasannya. Pelajar yang selalu didenda akan bertindak
agresif dan cenderung melakukan keganasan dan vandalisme
Gejala pelajar tidak
memakai pakaian sukan semasa pengajaran dan pembelajaran PJK sering berlaku.
Segelintir pelajar lupa, tidak suka atau sengaja tidak berpakaian sukan semasa
menghadiri kelas pjk. Penekanan peraturan dan pengawalan pakaian yang longgar
semasa Pendidikan jasmani menyebabkan pelajar tidak peduli akan akibatnya.
Kesediaan Untuk Melibatkan Diri Dalam Sukan
Malina (1988)
menjelaskan bahawa kesediaan sebenarnya merujuk kepada satu tahap di mana
seseorang individu sudah bersedia dari segi kematangan serta kemahiran yang
membolehkan mereka berjaya dalam aktiviti yang diceburi. Terdapat persamaan di
antara tumbesaran kanak-kanak, kematangan serta tugasan atau tuntutan aktiviti
berkenaan. Jadi dapat kita rumuskan , kayu ukur bagi tahap kesediaan ini
berdasarkan kemampuan minimum kanak-kanak dalam melaksanakan kemahiran yang
diperlukan dalam aktiviti tersebut.
Faktor-faktor kesediaan:
Terdapat tiga faktor
utama yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang menentukan tahap
kesediaan penyertaan kanak-kanak dalam sukan. Yang pertama kematangan,
pembelajaran dan motivasi, kesemua faktor ini berkait rapat di antara satu sama
lain.
Kematangan merupakan
faktor terpenting yang menentukan bila sesuatu kemahiran boleh didedahkan
kepada kanak. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan
pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001).
Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor
intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap
sel.
Pembelajaran pula
menurut Moh. Surya (1997) : “belajar dapat diartikan sebagai suatu proses yang
dilakukan oleh individu untuk memperoleh perubahan perilaku baru secara
keseluruhan, sebagai hasil dari pengalaman individu itu sendiri dalam
berinteraksi dengan lingkungannya”. Witherington (1952) : “belajar merupakan
perubahan dalam kepribadian yang dimanifestasikan sebagai pola-pola respons
yang baru berbentuk keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan dan kecakapan”.
Motivasi pula
didefinisikan sabagai arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk
menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi, Sage(1977). Wann (1977) sebagai
proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu dalam usaha mengarah serta
mengekalkan kelakuan yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi
intrinsik dan ekstrinsik.
Sebab-Sebab Keciciran Dari Aktiviti Sukan
Kanak-kanak melibatkan
diri dengan aktiviti sukan kerana perbagai sebab serta untuk memenuhi perlbagai
keperluan. Bagaimana pun, penglibatan mereka dalam aktiviti sukan tidak kekal
lama kerana motif mereka sering berubah. Inilah di antara punca yang
menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak dalam aktiviti
sukan di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah meningkat sebanyak
80%(Roberts,1993). Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa berubah-ubah itu
tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga faktor utama yang
menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan komparatif,
persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsik yang rendah serta
stress pertandingan (Anshel,1997).
1. Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari
segi kemampuan motor dengan orang lain, dan ini sering dilakukan oleh
kanak-kanak pada peringkat usia 7 hingaa 12 tahun (Scanlan,1988) – oleh kerana
kekurangan pengalaman serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada
usia yang muda, kanak-kanak ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif
sebagai kayu ukur status kemahiran motor mereka. Sebagai perbandingan, jika
kemahiran yang ingin dilakukan boleh dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang
lain, maka tahap kemahiran motor individu tersebut bolehlah dianggap sebagai
sama dengan orang lain. bagaimanapun, jika kemahiran yang ingin dilakukan hanya
boleh dilakukan oleh beberapa orang kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran
motor individu ini boleh dianggap tinggi.Perbandingan boleh dilakukan dengan
pelbagai cara, oleh sesiapa pun dan dalam perbagai situasi. Dalam konteks
sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan terbuka, maklum balas dari
penonton, jurulatih, ibu bapa serta rakan-rakan terbabit. Maklum balas yang
diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan yang positif
dan juga negatif kepada kanak-kanak tersebut. Input yang diberikan secara lisan
seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan positif, manakala
ejekan, celaan serta komen yang pedas merupakan rangsangan yang negatif, begitu
juga maklum balas lisan ini dapat dilihat dan yang didengarinya. Kesan inilah
yang menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan atau menarik diri dari
sukan. Justeru itu, tanggungjawab kita yang terlibat secara langsung dengan
kanak-kanak ini memastikan mereka merasai kesan “kejayaan” ketika melibatkan
diri serta memenuhi keperluan lain
seperti motivasi, pengiktirafan atau persepsi kemampuan diri yang positif.
2. Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan
salah satu sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan- Ini adalah
kerana mereka mengatribukan kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan
diri mereka. Justeru itu, apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti
tersebut jika mereka sudah tahu bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk
berjaya dalam aktiviti tersebut.ika dilihat dari peringkat awal penglibatan
kanak-kanak dalam sukan sekitar usia 6 hingga 10 tahun, faktor kejayaan
dikaitkan dengan kemampuan menamatkan atau melaksanakan tugasan tersebut dengan
sempurna. Contohnya, kemapuan menamatkan larian 50 meter dianggap sebagai satu
kejayaan. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kayu ukur kejayaan dinilai
berdasarkan perbandingan dan pengikirafan sosial. Justeru itu pengiktirafan
dari individu yang signifikan seperti ibu bapa, jurulatih serta rakan sepasukan
menjadi pemangkin kepada tindakan untuk meneruskan atau menarik diri dari
sukan. Dengan pertamahan pengalaman, kanak-kanak ini mendapati bahawa
pengiktirafan dari jurulatih adalah penting kerana peluang untuk bermain hanya
akan ditentukan oleh jurulatih,
kanak-kanak tersebut terpaksa “berusaha” dengan lebih gigih lagi.
Akhirnya, usaha menjadi kriteria kejayaan kepada kanak-kanak ini tidak mempunyai
kemampuan untuk berjaya dan ini mungkin menyebabkan mereka menarik diri dari
sukan.Tahap motivasi yang rendah- kita sudah sedia maklum bahawa motif
utama penglibatan dalam aktiviti sukan
bagi kanak-kanak kerana keseronokan. Keseronokan ini sebenarnya bersifat
intrisik kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana keseronokan
melakukan sesuatu, melainkan rasa puas dan kegembiraan yang terbayang di akhir
sesuatu aktiviti. Ganjaran serta sesuatu yang berbentuk luaran tidak diperlukan
oleh kanak-kanak tersebut.Bagaimanapun ada individu tertentu (orang dewasa) yang merasakan bahawa
kanak-kanak ini memerlukan ganjaran(piala atau wang) untuk terus melibatkan
diri dalam aktivit tersebut. Kesannya aktiviti sukan atau permainan sudah
hilang keseronokannya kerana terpaksa bersaing untuk berebut ganjaran. Bagi
mendapatkan ganjaran, mereka terpaksa berlatih bersunggu-sungguh sehingga
aktiviti sukan atau permainan ini dianggap sebagai satu pekerjaan yang perlu
dilakukan untuk mendapatkan ganjaran. Akhirnya, keseronokan hilang dan mereka
tidak berminat lagi untuk meneruskan aktiviti tersebut.Stres pertandingan-
Bagaimanapun, sebelum kita memulakan perbincangan cuba anda jawab soalan ini
“Jika sukan kompetitif dianggap satu permainan, mengapakah ramai atlet muda (kanak-kanak)
yang terlibat merasa tertekan apabila melibatkan diri dalam “permainan”
tersebut?”
Emosi negative yang
terhasil kesan dari tekanan serta kegagalan dalam aktiviti sukan boleh
meninggalkan impak yang agak medalam kepada atlet muda ini. Menurut scanlan dan
Passer(1978), stress pertandingan sebenarnya melibatkan persepsi dan bukan
tekanan pertandingan (situasi) itu sendiri. Kanak-kanak tersebut bukannya
bimbang akan pertandingan atau aktiviti yang akan dilaluinya sebentar lagi,
tetapi lebih kepada persepsi tentang kemampuan mereka dalam pertandinga
tersebut (berkemampuan atau tidak) dan persepsi tentang akibat yang bakal
diterima di akhir pertandingan tersebut. Persepsi inilah yang bakal menggugat
keyakinan diri mereka.
Keadaan ini berlaku
kerana kanak-kanak ini diletakkan dalam keadaan yang tertekan iaitu mereka
mesti menang. Kesannya, mereka akan mula memikirkan (persepsi) tentang apakah
yang akan diterima jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini (bertanding).
Kesimpulannya stres pertandingan menghilangkan kseronokan kanak-kanak untuk
melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan jalan keluar yang paling sesuai
dengan menarik dari sukan.
Pendekatan Melatih Kanak-Kanak Dalam Sukan
Setelah memahami serba
sedikit maklumat tentang kanak-kanak serta perkara-perkara yang mempengaruhi
penglibatan mereka dalam sukan, di bawah ini diperturunkan beberapa cadangan
tentang pendekatan melatih kanak-kanak yang berkesan bagi memastikan mereka
tidak keciciran atau menarik diri dari meneruskan penglibatan mereka. Panduan
dan cadangan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat untuk memahami
kanak-kanak dan penyertaan mereka dalam sukan (Anshel 1999).
1. Berikan pujian – Jika anda mendapati kanak-kanak di bawah
jagaan anda melakukan pergerakan atau teknik yang betul seperti mana yang
ditunjukkan. Jika boleh, tepuk bahu atau berikan senyuman atau anggukan yang
mengatakan bahawa anda menghargai usaha serta tindakannya. Cara memberi
rangsangan yang paling berkesan dengan memuji perlakuan yang betul dan jangan
mengungkit ( memberikan tumpuan yang keterlaluan) kesalahan yang dilakukan atau
keputusan yang diperoleh.
2. Ikhlas ketika memberikan pujian – Sama ada kita sedar atau
tidak, kanak-kanak sebenarnya peka kepada pujian yang diberikan kepada mereka.
Elakkan dari memberikan pujian secara terpaksa kerana ini tidak akan
menonjolkan keikhlasan kita, Sebaliknya, berikan pujian yang ikhlas kerana ini
akan menyebabkan kanak-kanak berasa dihargai serta meningkatkan lagi semangat
untuk terus beraksi. Jika anda menegur kesilapan, focus kepada kesilapan (
perlakuan ) dan bukannya individu (kanak-kanak)
3. Berikan ganjaran kepada usaha dan bukan sekadar kepada
keputusan ( menang)- ini akan menyebabkan pemain berasa dihargai walaupun kalah
kerana mereka faham bahawa usaha dan komitmen mereka mendapat perhatian
jurulatih.
4. Pastikan bahawa ekspektasi terhadap kanak-kanak adalah
realistik – Matlamat yang ingin dicapai biarlah setimpal dengan usaha dan
komitmen yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Bermain bersungguh-sunggu
tetapi kalah adalah lebih baik dari menang, tetapi tahap permainan
keseluruhannya merosot.
5. Tumpukan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran
sukan- Semasa latihan, kita perlu banyak memberikan tunjuk ajar serta pastikan
semua pemain berasa berpeluang untuk bermain dan berlatih. Gunakan masa latihan
sepenuhnya agar pemain berasa seronok. Ini ada membantu menyuburkan minat untuk
terus melibatkan diri dalam sukan.
6. Mengubahsuaikan aktivit agar ia mudah diikuti oleh semua
pelajar. Kita perlu pastikan agar semua pemain berpeluang menikmati aktiviti
sukan serta tidak mudah jemu. Perubahan in akan berterusan menarik perhatian
pelajar.
Rujukan:
http://mikepjeduworld.blogspot.com/search/label/Psikososial%20Sukan. Diakses pada 15 Januari 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan