KE MANA PERGINYA ERTI
KEMERDEKAAN!!!
Apakah
ertinya kemerdekaan kepada kita? Apakah ertinya apabila bendera Union Jack
diturunkan? Apakah ertinya lagu God Save
The Queen dimainkan tatkala bendera Union Jack diturunkan? Apakah ertinya
laungan “Merdeka” kepada kita semua? Adakah semuanya ini membawa erti kepada
anda semua. Marilah kita merenung kembali pengorbanan pemimpin – pemimpin,
tokoh – tokoh, prajurit – prajurit mahupun nenek moyang dalam usaha mengapai
kemerdekaan negara.
“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke
nasi” bukanlah satu perumpamaan sekadar perumpamaan namun bertepatan dengan
aspirasi negara. Ke mana perginya perjuangan jikalau bukan generasi muda kini
yang meneruskan perjuangan mereka dalam membangunkan negara menjadi salah satu
negara berstatus negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Pembangunan
globalisasi kini merupakan satu ancaman kepada negara dalam menjunjung Wawasan
2020 tersebut, Pelbagai godaan dan duri perlu ditempuh dalam memastikan negara
tidak jatuh ke tangan penjajah yang kian rakus mencari mangsa.
Oleh itu, marilah kita merenung kembali
kata – kata mantan Perdana Menteri ke – 4, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam
merungkai erti kemerdekaan yang dicapai.
“ … Kita boleh
mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara tetapi apabila berhadapan
dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan
dan itulah makna patriotism.
Kita rapatkan barisan dan lupakan
tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala
usaha untuk mempertahankan negara…”
“Dunia moden adalah dunia
perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.”
“Negara kita adalah tanggungjawab
kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga lupa kepada
oran lain. Kita sanggup belajar dari Barat dan Timur.
Tetapi yang akhirnya akan memutus
cara mana yang terbaik untuk diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah
kita sendiri.”
“Manusia yang lemah sekalipun
apabila bersatu padu mampu menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.”
Justeru,
marilah kita sebagai satu bangsa Malaysia yakni membawa konsep 1 Malaysia
bergandingan bahu menjunjung aspirasi negara dalam menglobalisasikan negara
kita di mata dunia.