Khamis, 17 Januari 2013


KE MANA PERGINYA ERTI KEMERDEKAAN!!!
Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita? Apakah ertinya apabila bendera Union Jack diturunkan? Apakah ertinya lagu God Save The Queen dimainkan tatkala bendera Union Jack diturunkan? Apakah ertinya laungan “Merdeka” kepada kita semua? Adakah semuanya ini membawa erti kepada anda semua. Marilah kita merenung kembali pengorbanan pemimpin – pemimpin, tokoh – tokoh, prajurit – prajurit mahupun nenek moyang dalam usaha mengapai kemerdekaan negara.
            “Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” bukanlah satu perumpamaan sekadar perumpamaan namun bertepatan dengan aspirasi negara. Ke mana perginya perjuangan jikalau bukan generasi muda kini yang meneruskan perjuangan mereka dalam membangunkan negara menjadi salah satu negara berstatus negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Pembangunan globalisasi kini merupakan satu ancaman kepada negara dalam menjunjung Wawasan 2020 tersebut, Pelbagai godaan dan duri perlu ditempuh dalam memastikan negara tidak jatuh ke tangan penjajah yang kian rakus mencari mangsa.
            Oleh itu, marilah kita merenung kembali kata – kata mantan Perdana Menteri ke – 4, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam merungkai erti kemerdekaan yang dicapai.
“ … Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara tetapi apabila berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan dan itulah makna patriotism.  
            Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara…”
            “Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.”
            “Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga lupa kepada oran lain. Kita sanggup belajar dari Barat dan Timur.
            Tetapi yang akhirnya akan memutus cara mana yang terbaik untuk diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri.”
            “Manusia yang lemah sekalipun apabila bersatu padu mampu menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.”
            Justeru, marilah kita sebagai satu bangsa Malaysia yakni membawa konsep 1 Malaysia bergandingan bahu menjunjung aspirasi negara dalam menglobalisasikan negara kita di mata dunia.





Tiada ulasan: