RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh : 09
Julai 2012
Masa : 0830 – 0900
Tahun(kelas) :
Tahun 4 Cempaka
Bilangan Murid : 18 orang (13
lelaki & 5 perempuan)
Tunjang Pembelajaran : 2. Kemahiran
Tajuk :
Bola Baling
Sub tajuk :
Teknik-teknik asas menjaga gol
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Pada akhir P&P ini murid-murid
dapat :
1. Psikomotor
1.1 Menjaga gol dengan teknik yang betul tanpa bolos sebanyak 8 daripada 10
percubaan sejauh 3 meter.
1.2 Kemahiran menangkap bola dengan teknik yang betul dan tepat 8 kali daripada
10 percubaan.
2. Kognitif
2.1 Mengenalpasti dan menunjukkan kedudukan tangan dan kaki serta bahagian bola
yang terlibat sewaktu menjaga gol dengan tepat dan berkesan.
2.2 Mengenalpasti anggota badan yang digunakan untuk menangkap bola semasa
menjaga gol.
3. Afektif
3.1 Memberikan kerjasama semasa melakukan aktiviti dengan seronok.
3.2 Membina keyakinan dan semangat sukan dalam diri individu.
Kemahiran Berfikir : Mengenalpasti
dan membezakan.
Pengalaman sedia ada : Murid pernah
didedahkan dengan permainan bola baling.
Penerapan nilai : Bekerjasama, berkeyakinan dan
berdisiplin.
Penggabungjalinan : Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan
Moral.
BSPP :
Bola baling (10), skitel (10), kon(15)
BAHAGIAN/
MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
Permulaan
( 5
minit )
|
1.
Memanaskan badan
2. Regangan dinamik dengan menggunakan bola baling.
|
1.1 Memanaskan badan.
-
Berlari sambil membawa bola di
tangan dengan kemampuan individu tersendiri (3-5 minit)
1.2 Regangan dengan menggunakan bola baling.
-
Melambung bola ke udara.
-
Hantar dan terima bola menggunakan
tangan kanan dan kiri.
-
Hantar dan terima bola di pinggang
menggunakan kedua-dua belah tangan.
-
Pusing tangan 360 darjah sambil
hantar dan terima bola menggunakan tangan kiri dan kanan. (Arah depan pusing
ke belakang)
-
Secara berpasangan, lakukan
hantaran aras dada.
-
Lakukan hantaran lob bersama
pasangan masing-masing menggunakan sebelah tangan secara bergilir-gilir.
-
Hantar dan terima bola bersama
pasangan masing-masing menggunakan kaki.
|
|
Skitel dan bola.
|
BAHAGIAN/
MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||
Perkembangan
( 15 minit )
Kemuncak
( 7 minit )
|
1.
Pengenalan tentang isi pelajaran.
2.
Demonstrasi.
Menangkap bola
(Menjaga gol)
3.
Latih tubi 1.
4.
Demonstrasi
5.
Latih tubi
1.
Permainan kecil
Bola baling tiga sebelah
|
1.
Menjelaskan kemahiran menjaga gol
amat penting dalam sesebuah permainan.
2.
Demonstrasi ansur maju menjaga
bola:
-
Pastikan tangan diangkat dan sentiasa bersedia.
-
Buka kaki seluas bahu dan pasang
kekuda.
1.
Latih tubi kemahiran asas menjaga
gol.
a)
Menyesuaikan diri menjaga gawang
gol.
-
Semua murid dibahagikan secara
berpasangan dan berada dalam keadaan yang teratur supaya pengawasan dapat
dilakukan oleh guru.
-
Murid diberikan sebiji bola setiap
pasangan.
-
Jarak diantara kedua-dua orang
murid adalah sejauh 3 meter.
-
Murid A yang memegang bola akan memberikan
bola ke arah murid B dimana murid B perlu bergerak ke kiri dan ke kanan
sambil menyambut bola tersebut dan menghantar semula ke arah murid A semula.
-
Lakukan percubaan tersebut
sebanyak 10 kali dan kemudian Murid A pula akan melakukan aktiviti bergerak
ke kiri dan ke kanan sambil menyambut dan Murid B akan memberikan bola tersebut
ke arah Murid A.
b)
Menyambut dan menerima bola secara
berikutan.
-
Bersama pasangan tadi, murid A dan
B akan masing-masing memegang bola.
-
Murid B akan melambung bola 90
darjah ke atas kemudian akan menyambut bola daripada Murid A dan menghantar
semula bola tersebut sebelum bola lambungan tadi jatuh. Murid B perlu menyambut
bola yang dilambung setelah menghantar bola yang diterima daripada Murid A.
-
Lakukan sebanyak 10 kali dan tukar
pasangan.
1.
Penerangan kepada murid-murid.
-
Tangan sentiasa diangkat dan dalam
keadaan bersedia.
-
Kaki dibuka seluas bahu dan pasang
kekuda.
-
Tahan bola yang direjam
menggunakan kaki. Luruskan kaki yang menerima bola manakala yang sebelah lagi
rendahkan supaya badan dalam keadaan stabil.
1.
Latih tubi mengawal dan menjaga
gol bola menggunakan kaki.
-
Murid dibahagikan kepada kumpulan
yang terdiri daripada 3 orang dan dua orang murid diberikan 2 biji bola.
-
Seorang murid akan bertindak
sebagai penjaga gol manakala dua orang lagi akan menjadi penjaring.
-
Jaringan bawah sahaja yang perlu
dilakukan.
-
Penjaga gol akan menerima bola
pada sebelah kanan dan kiri.
-
Setiap bola yang dijaring
hendaklah ditahan menggunakan kaki.
-
Setiap orang akan melakukan
sebanyak 10 kali.
1.
Bahagikan murid kepada 4 kumpulan
kecil yang terdiri daripada 5 atau 4 orang murid.
2.
Perlawanan antara kumpulan A, B, C
dan D:
A vs B (5 orang
sebelah)
C vs D (4 orang
sebelah)
3.
Sebiji bola akan diberikan kepada
setiap kumpulan.
4.
Kumpulan penyerang perlu
menjaringkan sekurang-kurangnya lima gol untuk memenangi perlawanan.
5.
Manakala kumpulan pertahanan perlu
merampas bola dan membawa ke garisan tengah sebanyak lima kali untuk
memenangi perlawanan.
6.
Setiap gol yang dijaringkan,
penjaring akan bertukar dengan penjaga gol, manakala penjaga gol akan menjadi
salah seorang pasukan penyerang.
7.
Peraturan aktiviti adalah
berdasarkan peraturan asas bola baling.
|
|
Bola (10)
Skitel (18)
Bola (2 biji)
Skitel (4 biji)
|
BAHAGIAN/
MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
Penutup
( 5 minit )
|
1. Menyejukkan badan.
2. Aktiviti kelonggaran.
3. Refleksi.
|
1. Berlari anak dalam kawasan yang ditetapkan dengan membawa dan mengawal bola.
2. Kelonggaran bersama dengan bola.
-
Gerakkan tangan ke bawah, atas dan
tepi.
-
Regangan bahu.
-
Jangkauan kaki.
-
Tarik nafas dan hembus.
3. Pelajar memberi refleksi tentang pembelajaran dan pengajaran kemahiran
asas menanduk yang telah dilaksanakan untuk hari ini.
|
G
Petunjuk:
G = Guru
X = Murid
|
Bola (10 biji)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan