RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh
: 15 Januari 2013 (Selasa)
Masa
: 0730-0830 (30 minit)
Tempat : Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang, Bintangor
Tahun(Kelas) : Empat
(4)
Bilangan Murid: 20 orang ( 14 orang lelaki & 6 orang
perempuan )
Tunjang Pembelajaran: 2. Kemahiran
Tajuk
: a) Hoki
Sub-tajuk :
i) Menolak dan menahan
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i. melakukan kemahiran menolak sejauh 1 meter dengan
teknik yang betul dan tepat sebanyak 8 daripada 10 percubaan.
ii. melakukan
kemahiran menahan dengan koordinasi kaki dan tangan yang betul dan tepat
menggunakan kayu hoki.
Kognitif : i. mengenal
pasti taktik yang boleh mengelirukan pihak lawan semasa melakukan kemahiran
menolak dalam permainan hoki.
ii.
mengenal pasti tindakan berbahaya semasa
menolak dan menahan dalam situasi permainan.
Afektif:
i. menunjukkan kesungguhan untuk belajar semasa
menjalani aktiviti menolak dan menahan.
ii. mengamalkan
sikap kerjasama dalam membantu rakan-rakan mempelajari kemahiran menolak dan
menahan serta menitikberatkan ciri keselamatan semasa aktiviti..
Kemahiran Berfikir: Menghubung kait
Pengalaman sedia ada: Murid-murid dalam kehidupan seharian pernah
mendengar tentang permainan hoki, menonton perlawanan hoki melalui
televisyen atau daripada sumber media
lain dan pernah melihat serta memegang bola dan kayu hoki.
Penerapan nilai
: Mematuhi arahan,
bekerjasama dan bertanggungjawab.
Penggabungjalinan:
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.
BSPP : Bola hoki
(20), kayu hoki (20) & field cone (20).
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permulaan
(4 minit)
|
|
·
Menceritakan satu situasi permainan hoki di mana bola yang ditolak dapat
dikawal dengan baik.
·
Pegang kayu hoki setiap seorang.
·
Lari anak sejauh 10 meter bersama-sama kayu hoki.
·
Lari pecut apabila mendengar tiupan wisel.
·
Bergerak secara perlahan ke hadapan bersama dengan bola hoki menggunakan
kayu hoki.
·
Bergerak pantas bersama bola apabila mendengar tiupan wisel.
·
Ikut pelakuan guru bagi membuat regangan menggunakan kayu dan bola hoki.
-
Pegang kayu hoki menggunakan kedua-dua belah tangan dan tolak ke atas,
kiri,kanan,hadapan dan belakang.
-
Mencangkung dan tolak kayu hoki ke hadapan,kiri dan kanan.
-
Menggunkan kayu hoki gerakkan bola hoki ke kiri dan kanan dan kawal bola
tersebut.
|
·
Dalam
barisan panjang.
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
·
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Kayu hoki(20) & Bola hoki (20)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perkembangan
(12 minit)
Perkembangan
1
(Tolak dan
tahan bola)
(6 minit)
Perkembangan
2
(Menolak dan
menahan bertiga)
6 minit
|
|
·
Menerangkan keperluan kemahiran menolak dan menahan
dalam permainan hoki.
·
Berpasangan dengan jarak 1
meter antara satu sama lain.
·
Tolak bola ke arah rakan
secara perlahan.
·
Tahan bola menggunakan muka
atau hadapan kayu hoki.
·
Lakukan pelakuan yang sama
seperti demonstrasi guru.
·
Tolak bola ke arah rakan
secara perlahan.
·
Tahan bola menggunakan muka
atau hadapan kayu hoki.
·
Pastikan kedudukan kaki dan
tangan semasa menolak bola betul dan selesa semasa memegang kayu hoki.
·
Bengkokan lutut dan rendahkan
badan ke bawah semasa menahan bola dan lihat bola sebelum menahan.
·
Kawal bola dan tolak semula
ke arah rakan.
·
Tambah jarak antara rakan
dan tingkatkan kelajuan bola selepas menguasai kemahiran menahan.
·
Lakukan pelakuan sebanyak 10
percubaan.
·
·
Murid – murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
yang terdiri daripada 3 orang setiap kumpulan.
·
Murid A dikehendaki menolak
ke arah murid B, manakala murid C menolak semula kepada murid A secara statik
mengikut putaran arah jam dan sebaliknya selepas arahan diberikan.
·
Murid akan bergerak
sambil menolak dan menahan mengikut arahan yang diberikan
·
Lakukan seperti yang
dilakukan dalam demonstrasi.
·
Bergerak bersama bola
mengikut arahan yang diberikan.
|
·
Berpasangan
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Jarak
1 meter
·
Dalam
kumpulan bertiga
A
B
C
G
-
Murid
dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang dalam setiap
kumpulan.
-
Setiap murid
harus menolak dan menahan mengikut arahan yang diberikan
Petunjuk:
G =
Guru
= Murid
|
Kayu hoki(20) & Bola hoki (20)
Bola (6), kayu hoki (20)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemuncak
(10 minit)
|
|
·
Murid – murid dibahagikan
kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang setiap kumpulan.
·
Pasukan A dan pasukan B
dikehendaki main permainan hoki seperti biasa dengan peraturan – peraturan
istimewa.
·
Antara peraturan istimewa
permainan ini adalah murid hanya dibenarkan menolak dan menahan sahaja, murid
tidak dibenarkan memukul dalam permainan ini.
·
Pada pusingan kedua bilangan
pemain akan ditambah dan kawasan gol juga akan ditambah.
·
Kumpulan yang memasuki gol
yang banyak dikira sebagai pemenang.
|
·
Berkumpulan
bertiga.
x x
x x
Petunjuk:
G =
Guru
= Murid
|
Bola (4) & Kayu hoki (20)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penutup
(4 minit)
|
|
·
Berlari anak di sekitar kawasan yang ditetapkan bersama
kayu hoki.
·
Membuat gelonggaran bersama dengan kayu hoki..
- Buka kaki selebar setengah
meter dan tegakkan badan.
- Bongkokkan badan serendah yang
mungkin sambil kayu yang dipegang menyentuh lantai dengan kiraan 4.
- Berdiri tegak dengan kaki
dibuka seluas bahu dan rapatkan kedua belah tangan lurus di atas kepala
dengan kiraan 4.
- Tarik nafas melalui hidung dan
tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui hidung dan mulut.
·
Pelajar memberi refleksi kepada P&P kemahiran menolak
dan menahan yang telah dilaksanakan.
-
Guru akan memperoleh idea bagaimana mengatasi masalah
yang dihadapi dan mempelbagaikan lagi aktiviti.
·
Melayari internet bagi mendapatkan kefahaman yang kukuh
berkaitan kemahiran yang diajar.
·
Menonton perlawanan hoki yang disiarkan di televisyen.
·
Membuat pembacaan tambahan mengenai permainan hoki di
pusat sumber.
|
·
Soal
jawab guru bersama murid.
|
Kayu hoki (20)
|
2 ulasan:
caya lah bro...da jd cikgu PJ lak kongsi2 la RPH PJ...hahahha
hahahaha...biasa2 sj la bro....memang akan aku kongsikan RPH....sila2 download bila2....
Catat Ulasan