Itulah kata – kata yang dilaungkan para guru dalam menjanjikan perkhidmatan
yang cemerlang dan berkualiti kepada anak bangsa kita. Oleh itu, marilah kita
sebagai bakal pendidik suatu masa kelak mendukung aspirasi kerajaan dalam
membentuk modal insan yang mantap dengan ilmu dan kemahiran. Selaras dengan
tema guru kali yang ke – 39 “Guru Pembina Negara Bangsa” bertepatan dengan
aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang beracukan pembangunan
modal insan yang sempurna.
Mengimbau kembali sejarah lampau ketika aku berada di alam
persekolahan membawa kepada seribu satu ragam dan kenangan. Ketika rakan –
rakan seperjuangan ku sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperangan yang
bakal tiba, hatiku terpanggil untuk memohon ampun daripada guru ku yang telah
aku tikam dari belakang disebabkan pembelajaran yang aku inginkan tidak
disampaikan.
Ketika aku berada di bliknya, aku menangis memohon ampun daripada
guru ku itu akan tindakan melulu yang telah aku lakukan dahulu. Warkah
berkehendakan pertukaran guru telah aku coretkan beserta tandatangan rakan –
rakan sekelas ku sebagai sokongan kepada kehendak ku itu. Kemudian, aku
memberikan warkah tersebut kepada salah seorang rakanku sebagai makluman kepada
orang besar sekolah ku yakni pengetua. Betapa lurusnya aku ketika itu. Aku
langsung tidak menghiraukan perasaan guru ku itu yang telah banyak membantu aku
dan menjadi harapanya merangkul kecemerlangan. Betapa dalamnya luka hati guru ku
itu ketika aku berhadapan dengannya. Seribu satu penyesalan menyelubungi mimik
wajah tampannya terhadap tindakan melulu ku itu.
Namun, aku bertekad memohon ampun dan maaf daripada guru ku itu
sebelum tibanya peperangan yang bakal mengubah hidupku. Lalu aku coretkan alasan
dan sebab yang tulus daripada hatiku ini mengapa aku sanggup bertindak
sedemikian rupa.
Aku tahu guru ku sukar untuk memaafkan aku namun aku tahu guru ku
itu seorang yang berdedikasi, penyabar, berpengalaman, dan memiliki perancangan
yang tersendiri di mana aku sendiri mencari jawapannya. Biarpun lagak gayanya
bersahaja namun hakikatnya beliaulah guru ku yang telah membawa aku menempah
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang telah aku duduki. Beliau juga
telah membawa aku menikmati erti pengorbanan dan erti kecemerlangan yang telah
mengangkat namaku dan sekolahku. Kejayaan yang aku julang turut menempa nama
negeriku ke peringkat kebangsaan di mana aku dianugerahkan sebagai salah
seorang pelajar cemerlang bagi aliran yang telah aku ikuti.
Hatiku bersorak, “Syukur, aku berjaya! Terima kasih cikgu”.
Justeru, marilah kita mengambil iktibar
daripada setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharian kita dan
berusaha menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan
pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan
perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama serta menjadi
seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama seperti mana yang
telah diwara – warakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd.
Dom,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan
beliau sempena Hari Guru 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan