Khamis, 17 Januari 2013

RPH PKE Tahun 5 (Tunjang 3) Oleh Desmond Daniel Ak Copta




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran :         Pendidikan Kesihatan
Tarikh              :          25 Ogos 2012
Masa                :          0800 - 0900
Tempat            :          Dewan Serbaguna
Tahun(Kelas)   :           Tahun 5 Gembira
Bilangan Murid:           20 orang
Tunjang Pembelajaran:  3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaraan
Tajuk                :          1. Keselamatan
Sub-tajuk         :          b) Keselamatan api:
                                                                                  I.            Punca kebakaran
                                                                                II.            Cara mencegah
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.   mengangkat tangan dan berdiri untuk menjawab soalan,
ii.  menjalankan simulasi semasa kebakaran api.

            Kognitif :          i.   menyatakan 3 daripada 5 punca kebakaran,
                                    ii.  menyatakan cara mencegah kebakaran daripada berlaku.

Afektif:            i.   menunjukkan perasaan bekerjasama semasa simulasi kebakaran,
                        ii.  mengamalkan sikap bantú-membantu apabila dalam perbincangan dan simulasi.

Kemahiran Berfikir: Memberi sebab, menilai
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah melihat dan mendengar tentang  kebakaran rumah, kedai dll.
Penerapan nilai    :          Bekerjasama
Penggabungjalinan:       Sains dan Kajian Tempatan.

BSPP   :   Alat pemadam api.



               
BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
CATATAN & BSPP
Set Induksi
(5 minit)
1.         Tunjuk alat pemadam api
2.       Soal jawab.

·         Guru menunjukkan:
  1. Alat pemadam api (APA)

·         Guru bersoal jawab bersama murid.
·         Soalan guru:
  1. Apakah yang ditunjukkan?
  2. Bilakah kita gunakan ini?

·         Jawapan murid:
                     I.            Alat pemadam api/tong padam api/barang padam api
                    II.            Semasa kebakaran rumah/kedai/bangunan

·         Murid dibantu oleh guru untuk membuat hubungkait antara alat yang ditunjukkan dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk “Keselamatan Api”.

                                              
BBM
-         APA
Nilai
-         Bekerjasama

KBKK
-         Menghubungkait

Strategi
-         Berpusatkan murid
Perkembangan
(35 minit)
Perkembangan 1
(18 minit)













Perkembangan 2
(17 minit)


1.         Pengenalan isi pelajaran.
2.       Tayangan video “Kebakaran api”.
3.       Melabel “Punca-punca kebakaran”.












4.       Perbincangan kumpulan “Cara-cara mencegah”
5.       Pembentangan hasil kerja.
6.       Soal jawab.
·         Kemalangan boleh berlaku di tempat awam, jalan raya dan air. Kebakaran boleh dielakkan dengan mengetahui cara pencegahan.
·         Guru menunjukkan video “Kebakaran api”.
·         Guru menunjukkan kad-kad label “Punca-punca kebakaran”.
·         Contoh kad lebel :
Kecuaian/ litar pintas/ pembakaran terbuka/ bermain api/gas bocor/tidak memakai jaket keselamatan/ tayar rosak/ tidak pakai topi keledar.

·         Setiap murid perlu mengambil satu kad lebel.
·         Setiap murid perlu membaca dan menyatakan adakah kad tersebut salah satu punca kebakaran atau tidak.
·         Kemudian, murid perlu meletakkan kad lebel di ruangan yang betul  pada papan tulis. 


·         Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. (1 kumpulan 5 orang).
·         Dalam masa 2 minit, bincagkan 2 cara mencegah kebakaran?
·         Selepas 2 minit, wakil kumpulan bentang hasil perbincangan.
·         Guru akan menyoal mengapa mereka memilih cara tersebut.

BBM
-         Video “Kebakaran api”
-         Kad label
Nilai
-         Bekerjasama


KBKK
-         Menghubungkait
-         Memberi sebab

Strategi
-         Berpusatkan murid

Kemuncak
(15 minit)

1.         Kuiz “Lembaran Kerja”.
2.       Semakan kuiz.
·         Setiap murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
·         Guru mengedarkan soalan kuiz kepada setiap murid.
·         Guru menerangkan soalan kuiz.
·         Dalam masa 10 minit, murid perlu menjawab soalan yang diedarkan.
·         Selepas 10 minit, tukarkan kertas soalan dengan rakan-rakan lain.
·         Murid-murid akan dipanggil dan memberi jawapan berdasarkan jawapan pada kertas yang mereka semak.
·         Guru akan membimbing murid-murid menyemak kertas tersebut.
BBM
-         Soalan Kuiz (Objektif)
Nilai
-         Prihatin kepada diri sendiri

KBKK
-         Menilai

Strategi
-         Berpusatkan bahan
Penutup
(5 minit)

1.         Soal jawab.












2.       Rumusan P&P
2.1     Kognitif


2.2    Afektif
·         Guru bertanya kepada murid.
·         Soalan guru:
                     I.            Apakah punca berlakunya kebakaran?
                    II.            Berikan cara mencegah kebakaran tersebut?

·         Jawapan murid:
                     I.            Kecuaian/ litar pintas/ pembakaran terbuka/ bermain api/gas bocor.
                    II.            Pendawaian teratur/ gunakan alatan elektrik yang diluluskan/ jangan lakukan pembakaran terbuka/ tutup suis apabila tidak digunakan/ tutup tong gas memasak apabila keluar bercuti.

·         Kebakaran tidak akan berlaku sekiranya kita tahu punca kebakaaran dan cara mencegahnya.

·         Setiap individu perlu tanamkan sikap bertanggungjawab terhadap setiap perlakuan yang mereka lakukan bagi mengelakkan berlakunya kebakaran.
·         Berkerjasama bersama rakan semasa sesi perbincangan.
Nilai
-         Bekerjasama
-         Bertanggungjawab

KBKK
-         Menghubungkait

Strategi
-         Berpusatkan murid


Tiada ulasan: