Khamis, 17 Januari 2013

RPH PJ TAhun 4 (Tunjang 1) Oleh Desmond Daniel Ak Copta




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh              : 17 Januari 2012 (Selasa)        
Masa                : 0730-0830 (30 minit)          
Tempat            :          Padang Bola Sepak IPGKR
Tahun(Kelas)   : Empat (4)
Bilangan Murid: 20 orang ( 14 orang lelaki & 6 orang perempuan )  
Tunjang Pembelajaran:  1. Kemahiran
Tajuk                : Kemahiran Asas Bola Sepak
Sub-tajuk         : Mengelecek
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.  murid akan dapat melakukan kemahiran menggelecek dalam jarak 10 meter dengan teknik yang betul
ii.  melakukan teknik mengelecek dengan kordinasi kaki yang betul

            Kognitif :          i.   menyatakan 3 otot atau anatomi badan yang terlibat dalam melakukan kemahiran mengelecek bola
                                    ii.  memberi sebab mengapa teknik mengelecek berguna dalam permainan bola sepak

Afektif:            i.   menunjukkan perasaan seronok semasa menjalani aktiviti
                       ii.  berdisiplin dan bekerjasama dalam melakukan aktiviti

Kemahiran Berfikir: Menghubungkait dan mengenalpasti. 
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah menonton perlawanan bola sepak melalui televisyen atau media lain.
Penerapan nilai    :          Mematuhi arahan, bekerjasama dan bertanggungjawab.
Penggabungjalinan:        Sains, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu.

BSPP   : Bola (20), kon(20), sketel (20) dan wisel(1).

BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Permulaan
(4 minit)
  1. Set Induksi.







  1. Memansakan badan.






























·         Menceritakan satu situasi permainan bola sepak bagaimana seorang pemain dapat membawa dan menjaringkan gol.

·         Dalam keadaan berpasangan dan seorang pelajar memegang sebiji bola.
-         Seorang pelajar (tanpa bola) akan merebut bola yang dipegang oleh rakannya.
-         Rakannya akan sedaya upaya memegang bola tersebut sekuat yang boleh bagi mengelakkan bola dirampas oleh rakannya itu.
·         Dengan arahan guru, pelajar kemudian akan menghantar bola menggunakan tangan kepada rakan-rakannya secara bebas.
·         Menghantar bola menggunakan kaki kepada rakan-rakan secara bebas.
-         Pergerakan dimulakan dengan ritma perlahan seterusnya secara pantas.
·         Berpasangan dan bebas.
 











Petunjuk:
G    = Guru
M    = Murid(Pegang Bola)
M    = Murid(Yang akan merebut                     bola)


·         Kedudukan ketika aktiviti hantaran. Bebas dan berselerak.
M         M          M        M       M

M         M          M        M       M

M         M          M        M       M

M         M          M        M       M

M         M          M        M       M

                        G
 
 














Petunjuk:

G   = Guru                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
M  = Murid
Padang bola sepak.

































Perkembangan
(12 minit)

Perkembangan 1
(Rasa bola dan bergerak dengan bola)
(6 minit)































































Perkembangan 2
(Menggelecek dengan menggunakan bola)
6 minit
  1. Pengenalan isi pelajaran





  1. Demonstrasi
























  1. Latih Tubi





































  1. Demonstrasi
















  1. Latih Tubi

















·         Menerangkan keperluan kemahiran mengelecek terutama dalam bola sepak dan kaitan juga dengan permainan lain .

·         Demonstrasi ansur maju rasa bola:
-         Secara statik
-         Bola diletakkan pada lantai, ditepi kaki.
-         Kaki kanan digerakkan dan kemudian diletakkan di atas bola.
-         Kaki kiri melakukan perkara yang sama secara berulang-ulang.
-         Kemudian, menggerakkan bola menggunakan kaki kiri dan kanan. Bola digerakkan menggunakan dalam kaki ke kiri dan kanan

·         Setiap pelajar dibekalkan dengan sebiji bola dan semua pelajar akan melaksanakan latih tubi secara individu di kawasan yang sesuai mengikut pilihan mereka dengan pemerhatian guru.
·         Pelajar kemudian berbaris di satu garisan panjang.
-         Pelajar akan membawa bola menggunakan dalam kaki sejauh 10 meter kemudian balik semula ke garisan.
-         Pelakuan diulang menggunakan kaki yang bertentangan pula.
-         Kemudian, bola dibawa bergerak menggunakan kedua-dua belah kaki. Ke kiri dan ke kanan menggunakan perut kaki.
-         Pelajar juga diberikan kebebasan untuk menggunakan bahagian kaki yang dirasakan sesuai bagi mereka sambil membuat menggelecek mengikut kemahiran masing-masing. 
·         Guru menerang dan membuat demonstrasi kemahiran menggelecek.
- Guru membuat tunjuk cara dengan menggelecek bola dalam bentuk zig-zag melintasi barisan murid.
- Sambil memberi penerangan, guru bertanya dan minta seorang murid melakukan kemahiran menggelecek bola.
·         Murid-murid membuat latih tubi dengan berada di luar bulatan yang disediakan.
- Wisel pertama ditiup menandakan bola akan digelecek secara bebas dan terkawal di luar bulatan.
- Wisel kedua ditiup menandakan bola akan digelecek secara pantas dan terkawal di luar bulatan.
- Wisel ketiga ditiup menandakan murid akan menggelecek bola melintasi bulatan secara terkawal.
·         Aktiviti semasa demonstrasi. Bebas dan berselerak.

                             G

 M    M    M    M    M    M    M    M    M

 M    M    M    M    M    M    M    M    M

Petunjuk
G = guru 
M = murid  


·         Aktiviti semasa latih tubi

 





                                                          G



 

M M M M M M M M M M M M M M M    
    
 
Petunjuk:

G   = Guru
M = Murid
  
    = Jarak 10 meter.

 

= Garisan lurus


·         Aktiviti mengelecek dengan menggunakan bola
 








Demonstrasi









                       

       

Petunjuk :
         Guru

         Pelajar

         Kon

         Arah


















 Bola dan wisel.








































Wisel dan kon.

Penggabungjalinan:
Sains(otot)
-            Gastrocnimeus
-          Hamstring
-          Quadriceps
-          Soleus 












































Kemuncak
(10 minit)
Permainan kecil   ‘Pirates’
·         Guru membahagikan   murid kepada 2 kumpulan(1 kumpulan, 9 orang).
·         Guru membentuk 2 bulatan dengan menggunakan kon sebagai kawasan permainan.
·         Guru mendirikan kon di tengah-tengah bulatan permainan sebagai ‘gol’.
·         Dalam kawasan permainan, guru menentukan 9 orang pemain dengan bola dan 3 orang pemain tanpa bola (Lanun/Pirates).
·         ‘Pirates’ akan berusaha untuk mendapatkan bola daripada pemain.
·         Pemain akan menggelecek dan mengelakkan daripada kehilangan bola.
·         Setelah ‘Pirates’ mendapatkan bola, mereka akan cuba menjaringkan gol di tengah-tengah bulatan.
·         Sekiranya ‘Pirates’ berjaya menjaringkan gol, pemain yang kehilangan bola akan menjadi ‘Pirates’.
·         Pemain terakhir yang mempunyai bola akan di  kira sebagai pemenang


Petunjuk :
-       Guru

-       ‘Pirates’(tanpa bola)

-       Pemain(bola)

-       Kon(gol)

    


Kon, bola dan wisel.

Penutup
(4 minit)
  1. Menyejukkan Badan



























  1. Refleksi










  1. Kerja Susulan
·         Berlari anak dalam kawasan yang ditetapkan bersama bola.
·         Membuat gelonggaran bersama dengan bola.
-    Buka kaki selebar setengah meter dan tegakkan badan.
-    Bongkokkan badan serendah yang mungkin sambil bola yang dipegang menyentuh rumput dengan kiraan 8.
-    Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu dan rapatkan kedua belah tangan lurus di atas kepala dengan kiraan 8.
-    Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui hidung dan mulut.
·         Pelajar memberi refleksi kepada P&P kemahiran mengelecek yang telah dilaksanakan.
-         Guru akan memperoleh ide bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi dan mempelbagaikan lagi aktiviti.

·         Melayari internet bagi mendapatkan kefahaman yang kukuh berkaitan kemahiran mengelecek.
·         Menonton perlawanan bola sepak yang disiarkan di televisyen.



























CATATAN REFLEKSI
(Desmond Daniel Ak Copta)
1.  KEKUATAN :
Antara kekuatan yang saya dapat kenal pasti dalam menyediakan dan menjalankan aktiviti P&P untuk perkembangan 1 adalah saya tahu apa yang hendak saya lakukan. Saya dapat membuat imaginasi apakah jenis aktiviti yang bakal saya lakukan kepada anak didik saya. Selain itu, saya memanipulasi ide yang diperolehi selepas menonton video berhubung kemahiran yang hendak diajar. Saya juga gemar menulis butiran mengajar dan peka terhadap setiap perkataan yang saya tuliskan. Semasa P&P dijalankan saya mempunyai nada suara yang cukup lantang dalam memberi arahan dan demonstrasi yang saya lakukan juga adalah ringkas dan tidak banyak berkata-kata. Apa yang saya lakukan adalah demo dan buat. Organisasi yang saya lakukan turut teratur dan tersusun. Saya juga melihat terdapat gelak ketawa daripada pelajar saya semasa melakukan aktiviti dan saya yakin aktiviti yang dijalankan adalah menyeronokkan dan mereka mampu mengikutinya. Selain itu, kelas yang saya ajar juga berada dalam keadaan terkawal sepanjang P&P.

2.       KELEMAHAN :
Antara kelemahan yang saya telah kenal pasti selepas P&P adalah saya tidak memberikan arahan yang jelas terutama semasa melontar bola. Saya juga kurang tegas dalam mengawal para pelajar kerana bagi saya, mereka perlu diberikan kebebasan dalam melakukan aktiviti yang telah diberikan. Keselamatan juga kurang dititikberatkan kerana saya beranggapan aktiviti yang dilakukan itu adalah tidak berbahaya bagi mereka. Aktiviti yang dijalankan juga agak sukar bagi sesetengah pelajar di mana kemahiran mengelecek yang saya dedahkan kepada mereka agak sukar bagi mereka. Malah, saya hanya memikirkan aktiviti yang saya rasakan sesuai dijalankan melalui pengalaman saya dan tidak berfikir di luar kotak dan menggunakan deria-deria yang lain. Misalnya membuat pemerhatian terhadap kemahiran yang lebih mudah dan ringkas.

3. CADANGAN MENGATASI / MEMPERBAIKI :
Cadangan yang boleh diambil hasil daripada perbincangan adalah saya seharusnya menyediakan aktiviti yang mudah dan senang dikendalikan. Aktiviti yang dijalankan juga seharusnya ringkas dan tidak terlalu kompleks kerana saya bukan hendak menjadikan mereka seorang pemain dunia namun mengajar mereka kemahiran dalam sukan tersebut. Saya juga bersetuju dengan melihat kepada dril-dril dalam sesuatu sukan menerusi internet adalah bagus kerana kita tidak akan terikut-ikut dengan buku teks. Kepelbagaian dalam sesuatu aktiviti juga perlu dilakukan agar pelajar lebih menguasai sesuatu kemahiran. 






CATATAN REFLEKSI
(Tuan Nur’ Fatin Nadia Bt Tuan Izham Ros)
1.  KEKUATAN :
Saya telah ditugaskan untuk membuat satu Rancangan Pengajian Harian (RPH) bagi tajuk kemahiran menggelecek bola. Tugasan ini adalah berkumpulan jadi saya dan ahli kumpulan telah membahagikan tugasan apa yang perlu dibuat. Bagi tajuk saya ialah bahagia perkembangan kedua di mana apa yang perlu saya buat ialah kesinambungan daripada perkembangan satu. Sebelum membuat tugasan ini, saya telah mecari bahan-bahan untuk kemahiran yang diajar di dalam laman sesawang yang telah disyorkan oleh pensyarah. Selain itu, saya juga telah memahami kemahiran menggelecek bola dengan membaca buku bola sepak. Oleh itu, saya mempunyai persediaan yang rapi.

Di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, saya mempunyai kekuatan di dalam diri saya. Antaranya ialah saya telah membuat persediaan awal tentang apa yang perlu diajar iaitu kemahiran menggelecek bola dengan pelbagai variasi. Saya juga sangat yakin bahawa RPH yang saya sediakan mampu memberi keseronokan kepada murid-murid jika ianya berjalan dengan lancar. Tambahan pula, suara yang dilontarkan juga kuat dan jelas semasa memberi arahan. Selain itu juga, saya dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid serta member peneguhan dan hukuman yang sewajarnya kepada murid tersebut.

2.  KELEMAHAN :
Di samping kekuatan, saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada di dalam diri saya semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama ialah saya tidak mengasingkan murid lelaki dan murid perempuan. Hal ini telah menyebabkan pergerakan menggelecek agak lambat dan kurang licin kerana murid lelaki terpaksa mengurangkan kelajuan berikutan murid perempuan yang berada di depan. Tambahan pula, arahan yang diberikan juga terlalu banyak sekaligus menyebabkan murid-murid tidak dapat menerimanya lalu membuat kesalahan. Selain itu, kelemahan yang paling ketara ialah langkah keselamatan tidak diutamakan kerana bulatan yang dibuat adalah berdekatan dengan tiang gol.

3. CADANGAN MENGATASI / MEMPERBAIKI :
Melalui kekuatan dan kelemahan ini, saya perlulah menjadikannya sebagai pengalaman dan pengajaran pada masa akan datang. saya haruslah mementingkan keselamatan kawasan permainan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Seterusnya ialah arahan perlu ringkas dan pendek supaya memudahkan murid-murid memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan. Murid lelaki dan murid perempuan juga perlu diasingkan agar tidak berlaku kelambatan semasa PnP dijalankan.
Kesimpulannya, saya berharap agar dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti ini pada masa hadapan.
CATATAN REFLEKSI
(Mohd Hafiz Bin Mat Leh)
1.  KEKUATAN :
Saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan kami (Hafiz, Nadia, Desmond) telah diberikan tugasan untuk menyediakan RPH dan pembentangan teknik kemahiran menggelecek. Kami telah membahagikan bahagian-bahagian masing-masing. Saya telah mendapat tugasan untuk menyiapkan bahagian kemuncak(permainan). Pada 18 Januari 2012, kumpulan kami telah membentangkan kemahiran menggelecek tersebut.

Untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mencari maklumat dalam pelbagai sumber seperti buku rujukan dan melayari internet. Dalam proses mencari dril tersebut, saya telah mendapat banyak ilmu dril dan kemahiran dalam mengajar permainan bola sepak. Bagi bahagian kemuncak, saya telah menyediakan satu permainan yang dikenali ‘The Pirates’. Permainan ‘The Pirates’ dipilih kerana, pada pandangan saya permainan ini sangat sesuai dalam menguji teknik dan kemahiran pelajar menggelecek bola.

Dalam proses pengajaran, kekuatan yang saya miliki ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Semua pelajar dapat fokus dan dengar apa yang saya perkatakan. Dalam menyampaikan arahan kepada pelajar, saya telah menunjukkan demostrasi tentang permainan tersebut.

2.  KELEMAHAN :
Namun begitu, kelemahan juga tidak dapat dipisahkan dalam diri saya. Pensyarah pembimbing kami, (Dr Ong) telah memberi komen dan yang nasihat yang membina kepada saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelemahan  yang telah dikesan oleh beliau ialah saya memberi arahan yang agak panjang semasa mengajar. Hal ini mungkin akan menyebabkan palajar berasa bosan dan sukar mengingati peraturan permainan yang diterangkan oleh saya. Oleh itu, beliau menyarankan agak arahan yang diberikan mestilah pendek, ringkas dan padat. (Keep it short and simple)(K.I.S.S).



Tiada ulasan: