Isnin, 11 Ogos 2014

RPH PJ Tahun 4 KSSR (Menghantar Bola)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :          21 Februari 2014 (Jumaat)
Masa               :          0930 – 1000  
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   :         Tahun 4 Alamanda  
Bilangan Murid :         40 orang ( 15 lelaki & 25 perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.6  Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul.
Tajuk                :   Menghantar bola  
Standard Pembelajaran : 1.6.1, 2.6.1 & 5.2.4
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  menghantar bola ke pelbagai jarak dan arah menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 
ii. menghantar bola pada jarak yang dekat ke jauh menggunakan bola kertas dan menghantar menggunakan anggota tangan.

            Kognitif :          i.  mengenal pasti aplikasi daya semasa menghantar dan menerima bola pada pelbagai jarak.
                                   ii. mengenalpasti daya semasa menghantar dan menerima bola jarak dekat dan jauh. 
                                  
Afektif:            i.  menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti menghantar bola.

Kemahiran Berfikir: Menilai
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah membaling bola
Penerapan nilai          : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan     : Matematik

BSPP : Bola kertas (13), gelung rotan (5)

EMK: Kreativiti






BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.    Permainan simulasi “Monyet-monyet”. 









2.    Regangan dinamik










1.    Bertiga, ambil sebiji bola.
2.    Seorang akan berada ditengah sebagai monyet dan dua orang rakan akan melambung bola supaya tidak diambil atau dirampas oleh monyet.
3.    Monyet perlu sentiasa mengejar bola yang dilambung.
4.    Tukar pasangan apabila bola dapat dirampas oleh monyet.

Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.    Lari anak apabila diberi arahan dan lari pecut setempat apabila wisel ditiup.
13 kumpulan = 3 orang/kumpulan
 

  M         M         M        M      M      M


  X          X          X         X       X       X


  M         M         M        M      M      M

                          G 


  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M


                      G
 
 











Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
X = Monyet

Bola kertas (13)
Perkembangan
(15 minit)


Perkembangan 1
 (7 minit)

















Perkembangan 2
 (8 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran


2.    Aktiviti 1
(Short Pass relay)

















3.    Aktiviti 2
(Long Pass relay)

·         Aktiviti hari ini ialah pergerakan berirama iaitu “Menghantar bola”.


·         Seorang murid berada di dalam gelung rotan manakala yang selebihnya berada dalam barisan dengan jarak 3 meter.
·         Hantar bola dari dalam gelung kepada murid dalam barisan.
·         Apabila terima bola, lari ke gelung rotan dan hantar kepada rakan seterusnya.
·         Murid yang sudah menghantar berlari ke arah belakang barisan.

Fokus Pembelajaran:
      I.        Pastikan siku dibengkokkan sebelum menghantar.
    II.        Lihat arah atau sasaran terlebih dahulu sebelum menghantar.

·         Seorang murid berada di dalam gelung rotan manakala yang selebihnya berada dalam barisan dengan jarak 7 meter.
·         Hantar bola dari dalam gelung kepada murid dalam barisan.
·         Apabila terima bola, lari ke gelung rotan dan hantar kepada rakan seterusnya.
·         Murid yang sudah menghantar berlari ke arah belakang barisan.

Fokus Pembelajaran:
·         Pastikan siku dibengkokkan sebelum menghantar.
·         Lihat arah atau sasaran terlebih dahulu sebelum menghantar.








 











Petunjuk:
G = Guru
M = Murid




Bola kertas (5), gelung rotan (5)



Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan dahulu.
·         Jarak antara murid diberi penekanan supaya tidak berlaku pelangggaran dan murid selesa melakukan aktiviti.



Kemuncak
(7 minit)
“Kepungan Bola Beracun”
·         1 kumpulan sebagai penyerang dan kumpulan kedua sebagai pemangsa.
·         Kumpulan penyerang bina satu bulatan besar.
·         Kumpulan pemangsa perlu berada di dalam bulatan tersebut.
·         Dalam masa 1 minit, kumpulan penyerang perlu cuba membaling ke arah pemangsa yang berada di tengah bulatan untuk dimatikan.
·         Baling ke arah badan bermula daripada paras dada ke kaki sahaja.
·         Dilarang membaling ke arah kepala.
·         Lakukan sebanyak 3 ulangan setiap kumpulan.
·         Kumpulan yang berjaya membunuh pemangsa paling banyak dikiran pemenang.

·         Tepukan diberikan kepada kumpulan juara.
·         Kumpulan yang kalah didenda untuk menyusun alatan.






4 kumpulan = 10 orang/kumpulan
 













Petunjuk:
G = Guru
M = Murid Pemangsa
        = Murid Penyerang
Bola kertas (13)





Catatan:
·         Guru akan melakukan demonstrasi terlebih dahulu.
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan




2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor



2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

3. Kerja Susulan
  

1.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Pastikan siku dibengkokkan sebelum menghantar bola.
·         Beri perhatian kepada sudut pelepasan bola apabila menghantar.

·         Kita perlu bekerjasama dan berani menerima cabaran yang diberikan.

·         Boleh mula bermain permainan bola baling atau bola jaring yang banyak menggunakan kemahiran ini.
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid







RPH Tahun 4 KSSR (Robot Rabat)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :          20 Februari 2014 (Khamis)
Masa                :         0930 – 1000  
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   :         Tahun 4 Alamanda
Bilangan Murid :         40 orang ( 15 lelaki & 25 perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.5  Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.
Tajuk                :   Robot Rabat  
Standard Pembelajaran : 1.5.1, 1.5.2, 2.5.1 & 5.4.2  
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  melakukan pergerakan kreatif bertemakan robot Rabat mengikut muzik yang didengar.   
ii. melakukan aktiviti pergerakan kreatif menggunakan motor kasar seperti melakukan pergerakan robot dengan betul.

            Kognitif :          i.  mengenalpasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertemakan robot mengikut muzik yang didengar..
                                   ii. mereka cipta pergerakan kreatif bertemakan robot mengikut muzik yang didengar.
                                  
Afektif:            i.  membentuk kumpulan semasa melakukan aktiviti.   
                       ii. memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti pergerakan kreatif dan bersedia menerima cabaran.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan dan mereka cipta
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah menari dan mengikuti senamrobik 1 Murid 1 Sukan.   
Penerapan nilai          : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan     : Pendidikan Muzik

BSPP : Laptop, muzik dan pembesar suara (1), skrip (1)

EMK: Kreativiti dan inovasi  





BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.    Latihan bebas.













2.    Regangan dinamik










1.    Berdiri dalam keadaan bersedia.
2.    Dengar ritma lagu sebelum melakukan pergerakan.
3.    Bergerak ikut ritma lagu.
4.    Reka pergerakan secara bebas seperti menari, melompat, berpusing dan kemahiran-kemahiran lain.
5.    Duduk mencangkung di tempat sendiri apabila muzik diberhentikan.
6.    Murid-murid yang lambat akan diberikan tekan tubi.

Lakukan regangan dengan iringan muzik:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.    Lari setempat secara perlahan, apabila wisel dibunyikan lari pantas.




Dalam bulatan  
  M     M     M     M     M     M

  M                                     M

  M                G                   M

  M                                     M

  M     M     M      M     M    M


                  
 
 












Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
Laptop, muzik & pembesar suara (1)
Perkembangan
(15 minit)


Perkembangan 1
 (7 minit)




































Perkembangan 2
 (8 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran


2.    Aktiviti 1
(Interpretasi Cerita dan Imaginasi)



































3.    Aktiviti 2
(Robor Kaku)


·         Aktiviti hari ini ialah pergerakan berirama iaitu “Robot Rabat”.


·         Berdiri dalam ruang diri.
·         Skrip cerita “Robot Rabat” akan dibacakan dan murid perlu menginterpretasikan cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik.

ROBOT RABAT
Kamu adalah Robot bernama Rabat yang dicipta oleh seorang saintis. Mari kita lihat bagaimana Rabat dapat membantu saintis itu dalam makmalnya.

Rabat berjalan ke hadapan, cuba mengangkat beberapa
kotak dan meletakkan kotak di atas rak. Rabat bekerja
keras sepanjang hari. Pada waktu malam, Rabat hilang tenaga dan terus tidur. Fikirkan bagaimana cara Rabat tidur.

Pada keesokan hari, saintis membawa sesuatu dalam poket. Beliau mengeluarkan satu CD, dan menyatakan: “Inilah muzik saya”. Tunjukkan bagaimana Rabat bertindak apabila mendengar muzik pada kali pertama!

Fokus Pembelajaran:
      I.        Terjemahkan atau interpretasikan cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik.


·         Skrip diteruskan dengan cerita seperti berikut:

Ya! Apabila Rabat mendengar muzik, adalah sukar baginya berdiri setempat. Ia berjalan di sekitar makmal mengikut detik (beat) muzik sambil bekerja… Mari kita sama-sama bergerak mengikut detik...secara kaku...seperti robot...Bergerak pada aras rendah… cuba lakukan satu lompatan robot!
·         Muzik dimainkan selama satu minit.
·         Isyarat tambahan dibuat seperti berikut:

(Mula dengan skrip “Kadang-kadang Rabat suka…”)
Berjalan lambat, tetapi tambahkan satu lompatan.
Bergerak pantas. Berpusing. Bolehkah anda berpusing seperti robot?
Bergerak ke depan, dan undur.
Menggelungsur ke sisi, ke depan dan ke belakang
Gerakkan tangan dan kepalanya.
Bergerak ke pelbagai arah dan kelajuan, dan dengan pelbagai cara – seperti robot yang sedang seronok bergerak mengikut muzik (tetapi masih kaku).

Fokus Pembelajaran:
·         Terjemahkan atau interpretasikan cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik.
·         Lakukan aksi mengikut rentak muzik.




Dalam bulatan 
  M     M     M     M     M     M

  M                                     M

  M                G                   M

  M                                     M

  M     M     M      M     M    M


                  
 
 












Petunjuk:
G = Guru
M = Murid






















Dalam bulatan 
  M     M     M     M     M     M

  M                                     M

  M                G                   M

  M                                     M

  M     M     M      M     M    M


                  
 
 












Petunjuk:
G = Guru
M = Murid



Laptop, muzik & pembesar suara (1), skrip (1)

Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan dahulu.
·         Jarak antara murid diberi penekanan supaya tidak berlaku pelangggaran dan murid selesa melakukan aktiviti.

























Laptop, muzik dan pembesar suara (1), skrip (1)


Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan dahulu.
·         Jarak antara murid diberi perhatian.

Kemuncak
(7 minit)
Persembahan Tarian Robot
·         Cipta pergerakan kreatif berdasarkan tema robot seperti bertemakan aktiviti harian.
·         Lakukan persembahan pergerakan kreatif bertema dengan iringan muzik.
·         Pastikan pergerakan dilakukan secara cannon (pergerakan yang berterusan dan beralun).

·         Kumpulan yang membuat pergerakan paling kreatif dan baru akan dinobatkan sebagai juara.
5 kumpulan = 8 orang/kumpulan
 











Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
                     = Pentas
Laptop, muzik dan pembesar suara (1)

Catatan:
·         Guru akan melakukan demonstrasi terlebih dahulu.
·         Setiap kumpulan akan membuat persembahan selama 30saat – 60 saat.
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan




2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor


2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran


3. Kerja Susulan
  

1.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Lakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing.
·         Semasa melakukan pergerakan bersama muzik, ikut rentak muzik.

·         Kita perlu bekerjasama dan berani menerima cabaran yang diberikan untuk membuat persembahan di hadapan rakan-rakan.

·         Mengenal pasti pergerakan-pergerakan robot yang lain.  
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid