![]() |
| Ini merupakan tajuk bagi projek EDU 3105 saya semester ini. |
Isnin, 30 Julai 2012
Pengajaran Mikro Pendidikan Kesihatan
Semasa Pengajaran Mikro perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian:
- Tulis tajuk P&P di papan tulis pada akhir P&P.
- Elak soalan secara umum. Panggil nama untuk jawab soalan.
- Bila panggil nama pelajar untuk jawab soalan, bagi soalan dahulu.
- Apabila tulis sesuatu di papan tulis, jangan sesekali bercakap. Bercakap apabila selesai menulis.
- Lepas tulis tajuk atau isi pelajaran di atas tengah papan tulis, bahagikan kepada beberapa bahagian.
- Ikut apa yang dirancang. Ikut apa yang ditulis dalam RPH.
- Tanya soalan dahulu, baru minta murid jawab.
- Soalan perlu spesifik.
Pada pengajaran mikro set induksi pusingan pertama, saya dapat 8/10 markah. Pusingan kedua saya akan buat yang baik.
Jumaat, 20 Julai 2012
Faktor Lokasi Dlm Pelaksanaan Akrtiviti P&P PJ
Soalan:
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan
Jasmani, pelbagai fakor perlu diambil. Huraikan faktor lokasi sekolah yang
boleh mempengaruhi aktiviti Pendidikan Jasmani ?
Faktor lokasi sekolah
atau kedudukan sekolah merupakan sebahagian daripada komponen yang terdapat
dalam faktor persekitaraan. Lokasi sekolah atau kedudukan sekolah dibahagikan
kepada dua yakni sekolah di kawasan Bandar dan luar Bandar. Kedua-dua kedudukan
sekolah ini mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan baik dari segi
tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahannya.
Kedudukan sekolah di kawasan bandar mempunyai
pelbagai kelebihan berbanding kawasan di luar bandar. Kewujudan pertubuhan tertentu
memberi kelebihan bagi sekolah di bandar terutamanya dari segi kepakaran yang
ada. Justeru itu sekolah yang berada di luar bandar boleh berkongsi kepakaran
yang sedia ada di bandar. Sebagai contoh kepakaran jurulatih renang, gimnas,
taekwando dan sebagainya.Kepakaran-kepakaran yang terdapat di kawasan bandar
boleh dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang
terdapat di situ. Di bandar juga terdapat guru-guru yang mempunyai kepakaran
khas berbanding di luar bandar. Keadaan tersebut diransang oleh adanya
persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan
guru mengambil bahagian untuk
mendapatkan
sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan.
Ini memberi banyak peluang kepada sekolah di bandar untuk merancang pelbagai
aktiviti yang boleh menarik minat murid.
Kedudukan sekolah di kawasan luar
bandar agak ketinggalan daripada sekolah di Bandar. Walau bagaimanapun, pihak
kerajaan telah melakukan banyak usaha bagi meningkatkan insfrakstruktur sekolah
di luar bandar. Ini terbukti pada tahun lepas sahaja, kerajaan telah memperuntukkan
tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di
kawasan pendalaman dan luar bandar seluruh negara. Ianya sebagai tambahan
kepada RM9.7 billion yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dalam
Rancangan Malaysia ke Sembilan dan dijangka akan memberi manfaat kepada dua
juta pelajar luar bandar dan pendalaman. Oleh itu, aktiviti yang akan dirancang
di luar bandar haruslah bersesuaian dan menepati tahap ekonomi penduduk
setempat. Ini kerana ibu bapa di sekolah hanya bergantung kepada inisiatif yang
diambil oleh pihak sekolah sahaja dalam membentuk anak-anak mereka.
Kesimpulannya, kreativiti seseornag
guru dalam mengubah suai dan mempelbagaikan pendekatan P&P beliau amat
perlu dalam memastikan aktiviti PJ dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah
terutama di sekolah luar Bandar kerana infrastruktur yang serba kekurangan
memungkinkan keberkesanaan P&P dapat dijayakan.
Isnin, 16 Julai 2012
langkah-Langkah pengajaran mengikut model “ASSURE”.
Soalan:
Sediakan langkah-langkah pengajaran mengikut model
“ASSURE”.
I.
Model Reka bentuk pengajaran ASSURE
A- Analyse learner
(analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2)
kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ;
sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective
(nyatakan obj)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P (2)
fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan
sikap yg baru utk dipelajari.
S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,
demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria- (1)sepadan dgn kuri
(2) maklumat tpt/tkini (3) bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5)galak
plibatan pel (6)kualiti teknikal (7)
terbukti keberkesanan (8) ada panduan guna. Rek bentuk Bahan; ambil kira; (1)
objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti
(7)masa
.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)prebiu bhn (2) sediakan
bhn (3) sediakn psekitarn (4)sedikn plajar (5)sed pengalaman pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglbtn pel); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise
(nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pel (2)pembelajaran yd terhasil
(3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.
II.
Langkah-Langkah Pengajaran
Matapelajaran :
Pendidikan Kesihatan
Tahun :
4 Bijak
Tajuk :
Penyakit Berjangkit
1.
Analyze Learner (Analisis Pelajar)
·
Pelajar terdiri
daripada 20 orang pelajar di mana 16 orang pelajar adalah lelaki manakala
selebihnya perempuan. Kesemua pelajar tinggal di kawasan pedalaman dan tinggal
di asrama. Kesemua pelajar ini juga berasal daripada keluarga miskin dan mereka
berumur dalam lingkungan 9 – 10 tahun.
·
80% pelajar tidak
mengetahui apa yang dikatakan dengan penyakit berjangkit dan mereka hanya
mengetahui nama penyakit yang mereka hidapi sahaja.
·
Stail pembelajaran
pelajar-pelajar ini rata-ratanya adalah kinestatik di mana mereka suka
bergerak-gerak dan menganggu rakan-rakannya.
2.
State Objective (Nyatakan Objektif)
·
Pelajar dapat menamakan
sekurang-kurangnya 3 jenis penyakit berjangkit dan cara penyakit boleh merebak.
Selain itu, pelajar mengamalkan sikap bantĂș-membantu apabila dalam
perbincangan.
3.
Select Method, Media and Materials (Nyatakan Kaedah,
Media dan Bahan)
·
Kaedah = Perbincangan
·
Media = Papan tulis,
“marker pen”, LCD Projector, Laptop, Persembahan Powerpoint.
·
Bahan = Lembaran
kerja (silang kata).
4.
Utilize Media and Materials (Guna Media dan Bahan)
·
Guru akan bersoal
jawab bersama murid-murid mengenai penyakit berjangkit. Pertama, guru bertanya
kepada murid-murid yang pernah sakit jenis penyakit yang mereka hadapi masa
itu. Kemudian ,guru akan mencatatkan semua penyakit yang dinyatakan oleh
murid-muridnya di papan tulis. Murid-murid juga ditanya mengapa mereka mudah menghidap
penyakit. Pada masa yang sama guru akan sentiasa membimbing murid-murid dalam
menjawab soalan. Selepas perbincangan, guru akan mengedarkan lembaran kerja
berbentuk silang kata kepada murid-murid bagi mengukuhkan lagi pengetahuan
mereka. murid diberi tempoh masa tertentu dalam menyiapkan lembaran kerja
tersebut.
5.
Require Learner Participation (Dorong Penglibatan
Pelajar)
·
Selepas menyiapkan
tugasan yang diberikan, murid-murid secara individu akan bertukar-tukar kertas
dan akan menyemak lembaran kerja rakan-rakannya yang lain. Murid-murid akan
dibimbing oleh guru dalam proses menyemak kertas tersebut. Selepas selesai
menyemak, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan
mengadakan kuiz kepada mereka. kuiz adalah berdasarkan apa yang mereka telah
pelajari sebelum itu berkaitan penyakit berjangkit. Kumpulan yang memungut
markah tertinggi dalam kuiz akan mendapat hadiah misteri daripada guru.
6.
Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
·
Penilaian adalah berdasarkan
kepada lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan berdasarkan kuiz yang
dijalankan. Setiap murid juga akan disoal secara inidividu dalam proses
perbincangan semasa P&P. Murid dianggap menguasai apabila berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.
·
Sekiranya masih
terdapat murid yang dikenalpasti tidak dapat mengikuti P&P, guru akan
mengenalpasti punca masalah murid sebelum memberikan pemulihan.
Ahad, 15 Julai 2012
Isu Semasa (Penempatan Guru Pelatih RMK 10)
Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih
PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka – tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.
Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.
Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.
Marilah kita menyahut cabaran ini dengan usaha memperkembangkan,memperkasakan kualiti diri kita. Bukan membantah tetapi saya bersetuju dengan ini. Kita perlu lihat diri sendiri sedalam yang mungkin dan sentiasa renung-renungkan apa yang kita buat sepanjang pengajian.
Sumber:
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_04.htm. Diakses pada 15 Julai 2012.
Khamis, 12 Julai 2012
TGFU
Model Bunker dan Thorpe
Model Bunker dan Thorpe mengemukakan
enam peringkat/langkah dalam konsep Teaching Games for understanding (TGFU).
|
LANGKAH/
PERINGKAT
|
PENJELASAN RINGKAS
|
|
1. Bentuk
Permainan
|
·
Nama permainan
·
Kawasan permainan
·
Bilangan
pemain
·
Alatan
·
|
|
2.Apresiasi
Permainan
|
·
Peraturan permainan
·
Ubahsuai permainan asal
·
Variasi
·
|
|
3.Kesedaran
Taktikal
|
·
Prinsip pergerakan
·
Ruang dan masa
·
Situasi lanjut
·
Kesan kelemahan lawan
·
|
|
4.Membuat
keputusan
|
·
Apa yang perlu dilakukan?
-
Nilai situasi
-
Kenalpasti dan menjangka kemungkin
·
Bagaimana melakukannya?
-
Pilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi
dan keadaan.
-
|
|
5.Pelaksanaan
Kemahiran
|
·
Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan
sebenar dalam situasi permainan.
|
|
6.Prestasi
|
·
Penilaian kebolehan berasaskan kriteria.
|
Langgan:
Catatan (Atom)
