Selasa, 17 Disember 2013

Pengertian,Isu-isu dan Cadangan Dalam Pengukuran dan Penilaian PJ dan Sukan

1.0         Pengertian Dan Konsep Ujian, Pengukuran Dan Penilaian
Menurut Wee Eng Hoe (2009:81), ujian ialah suatu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid. Ia boleh mengambil kira beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anecdotal.
Menurut Lee & Mok (1989:2), pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya. Menurut Tuan Jah & Faridah (2012:4) pula, pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Penjelasan dalam menerangkan erti dan konsep berkaitan pengujian ditegaskan oleh  Ng See Ngean (1991:21) iaitu pengukuran dan pengujian ialah kaedah-kaedah objektif yang sistematik dari mana maklumat yang sah tentang manusia dan tingkah lakunya akan diperoleh. Ini bermakna bahawa pengukuran dan pengujian adalah proses objektif dan maklumat sah akan diperoleh.
Menurut Ng See Ngean lagi, sehingga kini istilah pengujian dan pengukuran telah digunakan dengan erti yang lebih kurang sama. Pengukuran adalah proses yang objektif untuk memperoleh maklumat yang sah dengan menggunakan salah satu cara di antara banyak cara seperti ujian kertas pensel, ujian prestasi, ujian lisan, temuduga, soal selidik, pemerhatian, skala pemeringkatan, teknik projektif dan lain-lain. Sebaliknya perkataan pengujian, walaupun pada amnya boleh menggantikan perkataan pengukuran tetapi dalam pendidikan pengujian biasa digunakan untuk merujuk kepada ujian kertas pensel, lisan dan prestasi sahaja, serta digunakan dalam bilik darjah untuk mengukur pencapaian dan prestasi sekolah.  
Bagi konsep pengukuran pula, Wee Eng Hoe (2009) menyatakan bahawa pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat bernagka tentang tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Menurut beliau lagi, pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
Menurut Lee & Mok (1989:4), penilaian dalam pendidikan ialah proses menentukan perubahan tingkah laku seorang individu dan membuat pertimbangan (judgement nilai). Menurut Tuan Jah & Faridah (2012:5) pula, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. 

Isu-isu Dalam Pengukuran & Penilaian PJ
1.  Usaha untuk menentukan prestasi PJ dalam kalangan murid adalah perkara yang agak sukar kerana terdapat banyak ujian yang tidak mempunyai prosedur yang lengkap dan ini masih digunakan oleh guru di sekolah.
2.    Kesukaran untuk mendapatkan bateri ujian yang sesuai dan menggunakan ujian yang tidak mempunyai kesahan.  
3.    Ujian yang sudah lama dan tidak sesuai menghasilkan keputusan yang tidak tepat.
4.    Penggunaan pengukuran dan ujian yang tidak tekal.
5.    Pencapaian yang diperolehi tidak menunjukkan prestasi yang sebenar.
6.    Guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran membentuk rubrik pemarkahan untuk menilai kemahiran teknikal asas sesuatu sukan.
7.    Keputusan penilaian tidak dilaporkan atau didokumentasi. Contohnya tiada laporan sekolah-sekolah menjalankan ujian SEGAK atau bukti-bukti yang menunjukkan ujian telah dilaksanakan.
8.    Domain pembelajaran atau kemahiran yang diajar tidak dinilai secara seimbang. Iaitu tidak merangkumi ketiga-tiga domain kognitif,psikomotor dan afektif.


Cadangan Penambahbaikan Dalam Meningkatkan Kualiti Ujian Kognitif dan Psikomotor
Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan kualiti ujian kognitif dan psikomotor. Cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut:
  1. Kaedah uji dan ulang uji perlu dilakukan secara konsisten terutama kesediaan murid-murid semasa melakukan ujian. Pengkaji perlu menegaskan kepada murid-murid agar melakukan setiap ujian dengan bersungguh-sungguh dan tidak melakukannya secara ala kadar.
  2. Pengkaji perlu melaksanakan ujian di tempat yang selesa dan bebas daripada gangguan terutama bagi murid-murid perempuan yang tidak bersungguh-sungguh apabila melakukan ujian sekiranya terdapat murid lelaki melihat mereka.
  3. Pengkaji perlu menunjukkan demonstrasi melalui tayangan video atau melalui pelakuan untuk memberikan kejelasan kepada murid-murid sebelum melakukannya.
  4.  Pengkaji perlu melakukan ujian pilot kepada setiap murid bagi kesemua ujian yang dilakukan terutama ujian psikomotor bagi memberikan kesediaan dan gambaran awal kepada mereka bagaimana melakukannya. Selain itu, melalui ujian pilot ini, pengkaji boleh melakukan pembetulan bagi pelakuan yang salah. Contohnya, cara pegangan bola, kedudukan kaki, kedudukan kontak bola terlalu tinggi dan lain-lain yang telah dikenal pasti semasa ujian pilot.
  5. Pengukuran dan penilaian sepatutnya dijalankan atau dibimbing oleh guru Pendidikan Jasmani yang sudah terlatih. Sesuatu ujian yang sah dan boleh dipercayai sepatutnya memperolehi skor ujian yang sah, tetapi jika ia dilaksanakan oleh guru yang tidak terlatih atau yang tiada pengalaman, maka skor yang diperolehi mungkin dipertikaikan atau menjadi tidak sah. Menurut Hashim (2004), bagi meningkatkan kualiti ujian dan akuantabiliti mata pelajaran Pendidikan Jasmani, adalah dicadangkan supaya semua guru atau pengkaji yang terlibat mesti mendapatkan latihan mengenai pentadbiran ujian daripada pakar-pakar tempatan.
  6. Bagi mengelakkan kekangan masa pengkaji dan murid-murid, pengkaji boleh mentadbirkan ujian pada waktu-waktu lapang murid selepas waktu persekolahan. Pengkaji juga perlu memaklumkan kepada murid-murid tujuan dan harapan pengkaji daripada penglibatan mereka dalam ujian yang bakal dijalankan.
  7.  Instrumen atau alat yang digunakan untuk membuat pengukuran perlulah konsisten dan tekal terutama semasa mengambil bacaan.
  8.  Pengkaji boleh menjalankan kajian lanjutan menggunakan ujian yang sama tetapi dilakukan secara teratur, konsisten dan tekal di sekolah yang lain. 


Rujukan:

A. E. Ashworth. 1982. Testing for Continous Assessment: A Handbook for Teacher in School and College. London: Evans, Yorkshire.
Ahmad Hashim. 2004. Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. 1989. Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala             Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Ng See Ngean. 1991. Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. 2003. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. 2012. Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. 
Wee Eng Hoe. 2009. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Edisi Kedua). Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. 

Isnin, 9 Disember 2013

Kertas Kerja Ujian Amali Pendidikan Jasmani dan Sukan

KERTAS KERJA UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0         Nama Aktiviti
“Ujian Amali Pendidikan Jasmani dan Sukan Murid-murid Tahun 5 SK Sungai Paoh, Sarikei ”.

2.0         Pengenalan
Ujian amali yang dijalankan ini adalah merupakan satu instrumen pengukuran dan penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan di kalangan murid-murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Paoh, Sarikei. Pengkaji akan menyediakan dua jenis ujian iaitu satu ujian kognitif yang melibatkan  soalan Aneka Pilihan (MCQ) dan tiga ujian amali seperti Hand Wall Toss Test, Straight Leg Lift Test dan menjaring (Bola sepak).
Melalui data-data mentah yang diperolehi ini, pengkaji akan menyediakan satu laporan terperinci hasil daripada ujian, pengukuran dan penilaian kesemua instrumen ujian terhadap pelajar dan akan menyediakan cadangan bagaimana meningkatkan kualiti ujian kognitif dan psikomotor yang digunakan dari proses ujian, pengukuran dan penilaian dalam PJ dan Sukan.

3.0         Tujuan
Antara tujuan ujian dijalankah ialah seperti berikut:
3.1         Menilai sejauh mana keupayaan murid-murid dari segi kognitif dan psikomotor melalui ujian yang dilaksanakan,
3.2         Menerapkan amalan gaya hidup sihat dikalangan murid-murid, dan
3.3         Mengaplikasi perancangan atau strategi yang dipelajarinya ke dalam masyarakat.

4.0         Objektif
Antara objektif ujian ialah seperti berikut :
4.1         Mengukur keupayaan murid-murid dalam komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu kekuatan otot melalui ujian Straight Leg Lift,
4.2         Mengukur keupayaan murid-murid dalam komponen kecergasan fizikal berasaskan pelakuan motor iaitu koordinasi melalui ujian Hand Wall Toss,
4.3         Mengukur kemahiran asas menjaring bagi sukan bola sepak murid-murid yang terlibat, dan
4.4         Mengukur keupayaan murid-murid dari segi kognitif melalui penyediaan satu set Kertas Ujian Aneka Pilihan (MCQ) dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5.




5.0         Kumpulan Sasaran
5.1         Kumpulan sasaran     : Murid-murid tahun 5 SK Sg Paoh,Sarikei
5.2         Nama peserta                     
Bil.
Nama
Bil.
Nama
1.
Adrian Arvin ak Gabriel Wong
16.
Kashmira ak Dony
2.
Alexander Man ak Undie
17.
Lawrance Sjang ak Luta
3.
Andrew Libau ak Amping
18.
Listia ak Deli
4.
Rafeal
19.
Louisyiana Lanja ak Sandai
5.
Bana ak Sabang
20.
Marry Lina Pala ak Tommie
6.
Bennet Umpang ak Luang
21.
Masira ak Dony
7.
Darren Eddie ak Lambat
22.
Mathew Bagah ak Saga
8.
Debbra Selah ak Unting
23.
Engkie
9.
Edwed Kuju ak Mambang
24.
Patrick Nuing ak Engku
10.
Goffrednoah Sujang ak Jimbai
25.
Richmond Tawie ak Edward
11.
Ivy Camela Enjai ak Morries
26.
Sandin ak Empeli
12.
Jackson Meringai ak Bansing
27.
Sinorita Jelimin ak Sang
13.
James Sigaya ak Douglas
28.
Tedong ak Gudang
14.
Jampang ak Gudang
29.
Tracy Mya ak Indam
15.
Jessica Lansat ak Gemee
30.
Vanessa Guillerra ak Badang

6.0         Jenis Instrumen/Bateri Ujian
Terdapat tiga jenis ujian yang akan digunakan untuk menilai keupayaan murid-murid dari segi psikomotor dan setiap ujian-ujian ini mempunyai bateri ujian seperti yang dinyatakan termasuk rubric bagi menilai kemahiran menjaring bagi sukan bola sepak.

6.1      Ujian “Hand Wall Toss”
6.1.1   Komponen Kecergasan    : Pelakuan Motor (Koordinasi)
6.1.2   Jenis Ujian   : Alternate Hand Wall Toss Test/Eye Hand Co-ordination
6.1.3   Tujuan: Untuk mengukur koordinasi tangan-mata
6.1.4   Peralatan yang diperlukan: Bola tenis, dinding licin dan kukuh, pita penanda, jam randik.
6.1.5   Kesahan:
6.1.6   Kebolehpercayaan: 0.725 (r=.73, n= 32, p<0.01).
6.1.7   Prosedur:
                      I.        Tanda A diletakkan pada jarak tertentu dari dinding (contohnya 1 meter, 3 kaki).
                    II.        Orang yang berdiri di belakang barisan dan menghadap dinding. Bola itu dibaling dari satu tangan secara underarmke arah dinding, dan cuba untuk ditangkap dengan tangan yang bertentangan.
                   III.        Bola itu kemudiannya dibalingsemula ke dinding dan ditangkap menggunakan tangan sebelah.
                  IV.        Ujian ini dilakukan secara berulang-ulang dan bilangan tangkapan yang berjaya dibuat dalam masa 30 saat direkodkan (du Toit, Kruger, Fowler, Govender & Clark, 2010).

6.2      Ujian “Straight Leg Lift”
6.2.1   Komponen Kecergasan    : Kesihatan (Kekuatan Otot)
6.2.2   Jenis Ujian   : Abdominal Strength Test - Straight Leg Lift
abdominal strength test

6.2.3   Kebolehpercayaan: 0.58 (r=.58, n=30, p<0.01)
6.2.4   Tujuan : Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan tahap kekuatan abdomen. Kekuatan otot abdomen yang lemah boleh menyebabkan postur yang lemah yang membawa kepada penyakit “lower back pain”.
6.2.5   Peralatan yang diperlukan : Permukaan lantai yang rata dan jangka lukis (Protractor)
6.2.6   Prosedur :
                      I.        Subjek baring terlentang di atas lantai selari dengan dinding yang bersudut 90 darjah.
                    II.        Kedua-dua tangan diletakkan di atas bahu dan baring dalam keadaan yang selesa.
                   III.        Kepala diletakkan di atas lantai dan tidak dibenarkan mengangkat kepala.
                  IV.        Penguji meletakkan hujung jari di bawah belakang subjek selari dengan tulang pinggul.
                   V.        Kedua-dua kaki dinaikkan kepada sudut 90 darjah ( menegak) sambil mengekalkan bahagian atas badan rata di atas lantai.
                  VI.        Subjek boleh membengkok lutut mereka untuk bergerak ke kedudukan permulaan , sebelum meluruskan sendi lutut.
                 VII.        Subjek akan menurunkan kaki secara perlahan-lahan ke bawah sehingga tekanan pada jari penguji hilang dan perlu berhenti apabila tekanan tersebut hilang.
               VIII.        Subjek perlu mengekalkan tekanan ke atas jari penguji apabila kaki diturunkan secara perlahan-lahan ke bawah.
                  IX.        Sudut terendah diperhatikan dan diambil kira sebagau ukuran kekuatan perut mereka.

6.3      Ujian “Menjaring” Bola Sepak
            6.3.1   Prosedur:
                              I.        Subjek akan diberikan panduan atau hand out berhubung teknik yang betul untuk melakukan jaringan sebelum ujian dan penilaian dilaksanakan.
                            II.        Semasa ujian, subjek akan melakukan percubaan sebanyak 5 kali ke arah gawang gol tanpa ada penjaga gol semasa penilaian ujian dibuat.
                           III.        Ujian akan dilakukan di padang bola sepak sekolah di kawasan terbuka dan tanpa gangguan.
                          IV.        5 biji bola akan disusun selari dengan garisan sepakan penalti.
                           V.        Subjek dikehendaki menyepak bola yang disusun ke dalam gawang gol menggunakan teknik yang betul.

6.3.2   Senarai peralatan: Bola sepak (5), borang ujian (30).

 

            6.3.3   Rubrik Penilaian Kemahiran Menjaring:
KEMAHIRAN YANG DIUJI
INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Sangat Baik
(4 markah)
Baik
(3 markah)
Sederhana
(2 markah)
Lemah
(1 markah)




1.     Menjaring
·         Kepala ditundukkan dan melihat bola.
·         Kaki (menyepak) dibengkokkan pada lutut.
·         Menyepak bola menggunakan bahagian dalam kaki.
·         Sepakan yang dibuat laju dan pantas.
·         Kaki (menyepak) ikut lajak selepas sepakan dilakukan.
·         Kepala ditundukkan dan melihat bola.
·         Kaki (menyepak) dibengkokkan pada lutut.
·         Menyepak bola menggunakan bahagian dalam kaki.
·         Sepakan yang dibuat laju.
·         Ikut lajak (follow through) tidak dilakukan selepas melakukan sepakan.
·         Kepala tidak ditundukkan dan tidak melihat bola.
·         Kaki (menyepak) dibengkokkan  sedikit pada lutut.
·         Menyepak menggunakan bahagian dalam kaki.
·         Sepakan yang dibuat perlahan.
·         Ikut lajak tidak dilakukan selepas melakukan sepakan.
·         Kepala tidak ditundukkan dan tidak melihat bola.
·         Kaki (menyepak) tidak dibengkokkan  pada lutut.
·         Menyepak tidak menggunakan bahagian dalam kaki.
·         Sepakan yang dibuat sangat perlahan.
·         Ikut lajak tidak dilakukan selepas melakukan sepakan.

7.0         Penutup
Adalah diharapkan agar ujian amali ini dapat dijalankan seperti mana yang dirancang dan pihak sekolah memberikan sokongan penuh agar penilaian bagi komponen psikomotor ini dapat dibuat sekaligus dapat memberi pengkaji idea bagi menyediakan cadangan bagaimana meningkatkan kualiti ujian kognitif dan psikomotor yang digunakan dari proses ujian, pengukuran dan penilaian dalam PJ dan Sukan.


Disediakan oleh:                                                                                                   Disahkan oleh:

__________________________                                                                       ________________
(DESMOND DANIEL AK COPTA)                                                                     (JULIUS AK LAGA)
Guru Pelatih IPG Kampus Rajang,                                                                    Guru Besar,
96509 Bintangor,                                                                                                  SK Sungai Paoh,

Sarawak.                                                                                                                 Sarikei, Sarawak.