Isnin, 7 Oktober 2013

RPH KSSR Tahun 2 (Pengurusan Mental dan Emosi (Jenis Perasaan Apabila Berlaku Pertambahan dan Kehilangan Ahli Keluarga)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) PENDIDIKAN KESIHATAN


Tarikh              :           2 September 2013 (Isnin)
Masa                :          0740 – 0810  
Tempat            :          Bilik Darjah Tahun 2
Tahun(Kelas)   :           2
Bilangan Murid:           29 orang (11 lelaki, 18 perempuan)
Fokus Pembelajaran : 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
Tajuk                : Pengurusan Mental dan Emosi (Jenis Perasaan Apabila Berlaku Pertambahan dan Kehilangan Ahli Keluarga)
Standard Pembelajaran : 2.1.4
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i. mengangkat tangan dan bergerak dengan aktif semasa aktiviti melabel jenis-jenis sikap.

Kognitif :          i. mengenal pasti 3 daripada 5 jenis-jenis perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaraan seperti     pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.
                        ii. menyatakan 3 daripada 5 jenis-jenis perasaan.
                                  
                                   
Afektif:            i. mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat.
ii. mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan dan menghubungkait
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid tahu jenis-jenis perasaan
Penerapan nilai    :     Jujur 
Penggabungjalinan:   Pendidikan Moral.

BSPP    : Kad label, lembaran kerja. 

EMK: Kreativiti


BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
CATATAN & BSPP
Set Induksi
(5 minit)
1.         Perbincangan.
2.       Soal jawab.

·         Guru berbincang bersama murid mengenai topik “Kelahiran Adik Baru dan Kematian Ahli KEluarga”.

·         Guru bersoal jawab bersama murid.
·         Soalan guru:
  1. Siapa ada adik baru dalam keluarga?
  2. Siapa ahli keluarga yang telah meninggal dunia?
  3. Apa perasaan kamu

·         Jawapan murid:
                     I.            Ada atau tidak.
                   II.            Ada atau tidak.
                 III.            Seronok, gembira, sedih, menangis dll.

·         Murid dibantu oleh guru untuk membuat hubungkait antara soalan yang diajukan dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk “Jenis Perasaan Apabila Berlaku Pertambahan dan Kehilangan Ahli Keluarga”. 

KBKK
-         Mencirikan dan menghubungkait

Strategi
-         Berpusatkan murid
Perkembangan
(15 minit)







1.         Pengenalan isi pelajaran.
2.       Penerangan guru berkaitan jenis-jenis perasaan yang wujud berkaitan tajuk pelajaran.
3.       Aktiviti melabel.
4.       Soal jawab.
·         Terdapat pelbagai jenis perasaan yang wujud apabila berlakunya pertambahan dan kehilangan ahli keluarga misalnya sedih, gembira, seronok dll.

·         Guru memberikan penerangan berkaitan jenis-jenis perasaan yang wujud apabila berlakunya pertambahan dan kehilangan ahli keluarga.
·         Murid diberikan kad dan murid tulis apa perasaan mereka bagi setiap situasi yang diberikan.
·         Murid dikehendaki melekatkan kad perasaan tersebut di papan tulis mengikut situasi yang betul.
·         Guru bersoal jawab dengan murid.

·         Soalan guru:
1.         Adakah perasaan itu wujud dalam diri anda?
2.       Kenapa?
·         Jawapan murid:
1.         Ya.
2.       Sebab dapat adik baru, sebab ada keluarga mati dll.

BBM
-         Kad label
Nilai
-         Jujur

KBKK
-         Menghubung kait

Strategi
-         Berpusatkan murid

Kemuncak
(7 minit)

1.         Edaran lembaran kerja
2.       Bimbingan guru

·         Setiap murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
·         Murid diberikan lembaran kerja.
·         Guru memberikan penerangan kepada cara menjawab lembaran kerja.
·         Dalam masa 5 minit, murid perlu menjawab soalan yang diberikan.
·         Murid LINUS dibimbing menjawab soalan pada lembaran kerja.
·         Guru mengumpulkan semua lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid.

BBM
-         Lembaran kerja
Nilai
-         Rajin

KBKK
-         Mencirikan

Strategi
-         Berpusatkan bahan
Penutup
(3 minit)

1.         Soal jawab.








2.       Rumusan P&P
2.1     Kognitif



2.2    Afektif
·         Guru bertanya kepada murid.
·         Soalan guru:
                     I.            Apakah jenis perasaan yang wujud apabila berlaku pertambahan dan kehilangan ahli keluarga?

·         Jawapan murid:
                     I.            Gembira, seronok, takut, sedih dll.

·         Kita perlu menghargai apa yang kita perolehi misalnya mendapat adik baru dan bersikap redha atas kematian yang berlaku. Tidak perlu meratapi kematian kerana itu adalah lumrah hidup.

·         Kita perlu bersikap jujur dalam meluahkan perasaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. 
Nilai
-         Jujur
KBKK
-         Menghubungkait


Strategi
-         Berpusatkan murid

Tiada ulasan: