Rabu, 2 Oktober 2013

RPH PK Tahun 5 (Penyakit Berjangkit)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran :          Pendidikan Kesihatan
Tarikh              :           12 September 2013 (Khamis)
Masa                :          0710 - 0740
Tempat            :          Pusat Sumber SK Sg Paoh, Sarikei
Tahun(Kelas)   :           Tahun 5
Bilangan Murid:           30 orang (19 lelaki 11 perempuan)
Tunjang Pembelajaran:  3. Kebersihan dan keselamatan persekitaran
Tajuk                :          3.2 Penyakit berjangkit  
Sub-tajuk         :          Jenis penyakit
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.   melibatkan diri dengan aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
ii.  menunjukkan aksi seseorang yang telah dijangkiti penyakit berjangkit seperti menggaru bahagian badan.

            Kognitif :          i.   mengetahui sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jenis-jenis penyakit berjangkit
                                    ii.  menerangkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 tanda-tanda awal seseorang dijangkiti penyakit.

Afektif:            i.  mengamalkan sikap bantú-membantu antara satu sama lain terutama semasa aktiviti perkembangan dan kemuncak.
                       ii. mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri

Kemahiran Berfikir: Mencirikan, menghubungkaitkan 
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid tahu penyakit scabies (yang biasa dihidapi oleh murid asrama)
Penerapan nilai    :          Bantu membantu, bertanggungjawab & prihatin
Penggabungjalinan:       Sains dan Pendidikan Moral


BSPP   :  Video, slaid persembahan, lembaran kerja (30)

BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
CATATAN & BSPP
Set Induksi
(5      minit)
  1. Tunjuk video “Scabies”
  2. Soal jawab.

·          Guru menunjukkan:
  1. Video

·         Guru bersoal jawab bersama murid.
·         Soalan guru:
  1. Penyakit apakah yang ditunjukkan pada video tersebut?
  2. Apakah tanda-tanda penyakit tersebut?

·         Jawapan murid:
                     I.            Penyakit kulit, scabies
                    II.            Ruam, gatal-gatal, bintik-bintik pada kulit

Murid dibantu oleh guru untuk membuat hubungkait antara video yang ditunjukkan dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk “Jenis-jenis Penyakit Berjangkit”.

BBM
-         Video

KBKK
  • Mencirikan

Strategi
  • Berpusatkan murid
  • Berpusatkan bahan
Perkembangan
(15 minit)
  1. Pengenalan isi pelajaran.
  2. Penerangan berkaitan jenis-jenis penyakit berjangkit
  3. Perbincangan berkaitan tanda-tanda penyakit berjangkit
  4. Soal jawab dan penerangan guru.
·         Penyakit berjangkit ialah penyakit yang boleh menular daripada individu kepada individu yang lain. Antaranya adalah selsema, batuk, taun, demam denggi, panau, dan kurap.
·         Guru memberikan penerangan berkaitan jenis-jenis penyakit berjangkit contohnya:
                     I.            Selsema
                    II.            Batuk
                  III.            Taun
                 IV.            Demam denggi
                  V.            Kurap/Panau
·         Murid dan guru berbincang berkaitan tanda-tanda penyakit bagi setiap jenis penyakit.
·         Soalan perbincangan:
                     I.            Apakah tanda-tanda kepada individu yang dijangkiti penyakit berjangkit?
·         Guru bersoal jawab dan menerangkan isi perbincangan yang berkaitan dengan tanda-tanda penyakit dan kategori penyakit tersebut misalnya penyakit bawaan air dan vektor.

BBM
  • Slaid persembahan
Nilai
  • Bertanggungjawab

KBKK
  • Mencirikan & menghubungkait

Strategi
  • Berpusatkan bahan & murid
Kemuncak
(7 minit)
  1. Edaran lembaran kerja
  2. Bimbingan guru

·         Setiap murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
·         Murid diberikan lembaran kerja.
·         Guru memberikan penerangan kepada cara menjawab lembaran kerja.
·         Dalam masa 5 minit, murid perlu menjawab soalan yang diberikan.
·         Guru mengumpulkan semua lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid.
BBM
  • Lembaran kerja
Nilai
  • Bertanggungjawab & saling bantú-membantu

KBKK
  • Menghubungkaitkan dan mencirikan

Strategi
  • Berpusatkan bahan
Penutup
(3 minit)
  1. Soal jawab.











3.         Rumusan P&P
3.1        Kognitif







3.2        Afektif
·         Guru bertanya kepada murid.
·         Soalan guru:
                     I.            Nyatakn jenis-jenis penyakit berjangkit?
                    II.            Apakah tanda-tanda penyakit tersebut?
                  III.            Selsema dikategorikan sebagai penyakit bawaan apa?

·         Jawapan murid:
                     I.            Selsema, taun, kurap, demam denggi
                    II.            Gatal-gatal, demam, hidung berair dll
                  III.            Bawaan udara

·         Kita sebagai individu yang sihat perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi menghindari penyakit berjangkit ini.
·         Terdapat banyak cara untuk mencegah penyakit antaranya pastikan tiada air bertakung, cuci makanan sebelum makan atau gunakan topeng muka apabila dijangkiti untuk elak daripada merebak.

·         Setiap individu perlu prihatin terhadap rakan-rakan yang sakit dengan tidak menyisihkan diri daripada mereka dan sentiasa bantú mereka menghadapi penyakit tersebut.

Nilai
  • Bertanggungjawab, bantú-membantu dan prihatin

KBKK
  • Menghubungkait


Strategi
  • Berpusatkan murid

Tiada ulasan: