RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh
: 10 September 2013 (Selasa)
Masa
: 0740-0810 (30 minit)
Tempat :
Padang bola sepak SK Sungai Paoh, Sarikei
Tahun(Kelas) : 5
Bilangan Murid: 30 orang ( 19 orang lelaki & 11 orang
perempuan )
Tunjang Pembelajaran: 1. Kecergasan
Tajuk
: 1.6 Ketangkasan
Sub-tajuk :
Lari anak dan tukar arah
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i. melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 5
jenis aktiviti ketangkasan bagi meningkatkan kecergasan.
ii. melakukan
aktiviti lari anak dan tukar arah dalam masa 30 saat ke bawah.
Kognitif :
i. mengenal
pasti sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jenis otot utama yang terlibat semasa
melakukan aktiviti ketangkasan.
ii.
menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada
5 jenis pelakuan dalam permainan yang melibatkan aspek ketangkasan.
Afektif:
i. memahami arahan serta peraturan semasa
melakukan aktiviti ketangkasan dan menjaga keselmatan semasa aktiviti
dijalankan.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan dan
mereka cipta
Pengalaman sedia ada: Murid-murid tahu perbezaan antara ketangkasan
dan kelajuan.
Penerapan nilai : Disiplin dan kerjasama
Penggabungjalinan:
Pendidikan
Moral dan Bahasa Inggeris
BSPP : Ekor kertas
(30), kon (30)
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||
Permulaan
(5 minit)
|
|
·
Bahagikan kepada 2 kumpulan, lelaki dan
perempuan.
·
Ambil sehelai kertas setiap seorang dan
letakkan di belakang.
·
Lari di sekitar grid yang telah disediakan.
·
Apabila dengar tiupan wisel, cuba ambil atau
rampas kertas di belakang rakan-rakan.
·
Dilarang menolak rakan dan utamakan
keselamatan
·
Murid yang mengumpul kertas paling banyak
adalah Raja dan Permaisuri Cabut Bulu Ekor.
Ulangan sebanyak 8 kali.
·
Gerakkan bahu mengikut arah putaran jam dan lakukan sebaliknya.
·
Pusingkan tangan mengikut arah jam dan lakukan sebaliknya.
·
Luruskan tangan ke hadapan dan gerakkan ke kiri dan kanan.
·
Luruskan tangan ke belakang dan gerakkan ke atas dan bawah.
·
Tundukkan badan paras pinggang dan gerakkan ke kiri dan kanan.
·
Lari perlahan setempat dan laju mengikut arahan yang diberikan.
|
·
Semasa
permainan kecil
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Kon
Semasa regangan umum
Petunjuk:
G = Guru
M = Muid
|
Ekor kertas (30), kon (8)
|
||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan
1
(Lari anak
dan tukar arah ikut arahan)
(7 minit)
Perkembangan
2
(Lari anak
dan tukar arah ikut kon)
8 minit
|
(Lari anak dan tukar arah ikut arahan)
(Lari anak dan tukar arah ikut arahan)
(Lari anak dan tukar arah ikut kon)
(Lari anak dan tukar arah ikut kon)
|
·
Ketangkasan adalah berlari
dengan laju pelbagai arah dengan cepat.
·
Berada dalam keadaan
bersedia.
·
Lari anak ke arah hadapan.
·
Dengar tiupan wisel dan
bergerak ke arah yang telah ditentukan melalui bunyi tiupan wisel dengan
pantas.
-
1 tiupan wisel = tukar arah
ke kiri
-
2 tiupan wisel = tukar arah
ke kanan
-
Tiupan panjang = tukar arah
belakang.
·
Lari gunakan bebola kaki.
·
Lakukan seperti demonstrasi.
·
Berada dalam keadaan
bersedia.
·
Lari anak ke arah hadapan.
·
Dengar tiupan wisel dan
bergerak ke arah yang telah ditentukan melalui bunyi tiupan wisel dengan
pantas.
-
1 tiupan wisel = tukar arah
ke kiri
-
2 tiupan wisel = tukar arah
ke kanan
-
Tiupan panjang = tukar arah
belakang.
·
Lari gunakan bebola kaki.
·
Elak daripada menolak semasa
aktiviti dan lakukan ikut kemampuan diri.
·
Berada dalam keadaan
bersedia.
·
Bongkokkan badan ke arah
hadapan dan berlari menggunakan bebola kaki.
·
Lari ke arah tengah kon dan
sentuh.
·
Selepas sentuh kon tengah, berlari
ke arah kon pada arah hadapan, kiri, kanan dan belakang.
·
Selepas sentuh kon di setiap
arah, lari semula ke kon tengah dan lakukan sehingga semua arah selesai.
·
Lakukan aktiviti dalam masa
kurang daripada 30 saat.
·
Berada dalam keadaan
bersedia.
·
Bongkokkan badan ke arah
hadapan dan berlari menggunakan bebola kaki.
·
Berlari ke arah kon yang
telah disediakan pada arah hadapan, kiri, kanan dan belakang.
·
Sentuh kon yang telah
disediakan.
·
Lakukan aktiviti dalam masa
kurang daripada 30 saat.
·
Lakukan aktiviti dengan
bersungguh-sungguh dan tidak bergurau.
·
Lakukan ikut kemampuan diri.
|
Semasa latih tubi 1
5 kumpulan = 6 orang/kumpulan
5 kumpulan = 6 orang/kumpulan
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Kon
|
Kon (30)
|
||
Kemuncak
(7 minit)
|
Permainan kecil
“Kumpul kon”
|
·
Berada dalam keadaan
bersedia.
·
Dalam kumpulan, lari ke arah
kon yang telah dikumpulkan di kawasan yang ditanda.
·
Setiap seorang daripada
kumpulan lari ke arah kon dan ambil sebiji kon sahaja setiap kali larian
dibuat.
·
Bawa kon yang diambil dan
kumpulkan di hadapan kumpulan.
·
Sentuh tangan rakan untuk
meneruskan permainan.
·
Setiap kumpulan
diperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk mengumpul.
·
Kumpulan yang kumpul kon
paling banyak adalah juara.
|
5 kumpulan = 6 orang/kumpulan
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Kon (30)
|
||
Penutup
(3 minit)
|
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian / Teguran
|
·
Duduk dalam keadaan terkangkang sambil mengendurkan
otot paha dan betis.
·
Masih dalam keadaan duduk, murid cuba membuat jangkauan
ke hadpan seberapa jauh yang mungkin
dalam kiraan 4.
·
Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
·
Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3
saat kemudian hembus melalui mulut.
·
Ketangkasan
adalah berlari dengan laju pelbagai arah dengan cepat.
·
Lari
menggunakan bebola kaki, rendahka pusat graviti badan untuk membolehkan badan
bertukar arah dengan cepat.
·
Berhati-hati semasa
melakukan aktiviti dan elak daripada bergurau.
·
Disiplin dan kerjasama adalah resepi dalam mencapai
kejayaan.
·
Mencari jenis-jenis aktiviti yang melibatkan
ketangkasan.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan