Rabu, 2 Oktober 2013

RPH PK Tahun 2(2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) PENDIDIKAN KESIHATAN


Tarikh              :           6 September 2013 (Jumaat)
Masa                :          0710 – 0740  
Tempat            :          Bilik Darjah Tahun 2
Tahun(Kelas)   :           2
Bilangan Murid:           29 orang (11 lelaki, 18 perempuan)
Fokus Pembelajaran : 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
Tajuk                : Pengurusan Mental dan Emosi (Cara Mengatasi Perasaan Yang Wujud Apabila Berlaku Pertambahan dan Kehilangan Ahli Keluarga)
Standard Pembelajaran : 2.1.4
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i. mengangkat tangan dan bergerak dengan aktif semasa aktiviti perbincangan dan soal jawab.

Kognitif :          i. menyatakan 3 daripada 5 cara mengatasi perasaan yang timbul akibat daripada perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaraan seperti pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.
                        ii. mengenal pasti 3 daripada 5 jenis-jenis perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaraan seperti     pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.
                                  
Afektif:            i. mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat.
ii. mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan dan menghubungkait
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid tahu jenis-jenis perasaan pada pelajaran yang lalu
Penerapan nilai    :     Jujur 
Penggabungjalinan:   Pendidikan Moral.

BSPP    : Video, slaid persembahan, lembaran kerja. 


EMK: Kreativiti

BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
CATATAN & BSPP
Set Induksi
(5 minit)
1.         Tunjuk video
2.       Soal jawab.

·         Guru menunjukkan video.

·         Guru bersoal jawab bersama murid.
·         Soalan guru:
  1. Apakah yang dapat kamu perhatikan melalui video tersebut?
  2. Apakah yang perlu kita lakukan apabila ada masalah?

·         Jawapan murid:
                     I.            Walaupun sedih, ibu itu tetap hidup bergembira dengan anak-anaknya.
                    II.            Kita perlu tabah, lakukan pelbagai aktiviti luar dll.

·         Murid dibantu oleh guru untuk membuat hubungkait antara soalan yang diajukan dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk “Cara Mengatasi Perasaan Yang Wujud Apabila Berlaku Pertambahan dan Kehilangan Ahli Keluarga”. 

BBM
-         Video

KBKK
-         Mencirikan dan menghubungkait

Strategi
-         Berpusatkan murid
Perkembangan
(15 minit)







1.         Pengenalan isi pelajaran.
2.       Penerangan guru berkaitan cara mengatasi perasaan yang wujud
3.       Perbincangan antara murid dan murid / murid dan guru
4.       Soal jawab.
·         Setiap perasaan yang wujud dalam diri perlulah diatasi dengan positif bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

·         Guru memberikan penerangan berkaitan cara mengatasi perasaan yang wujud apabila berlakunya pertambahan dan kehilangan ahli keluarga.
·         Murid berbincang sesama rakan-rakan.
·         Murid dikehendaki berdiri di hadapan dan menyatakan hasil perbincangan.
·         Guru bersoal jawab dengan murid.

·         Soalan guru:
1.         Apakah perasaan anda apabila terdapat ahli keluarga anda meninggal dunia?
2.       Bagaimana cara mengatasi perasaan apabila berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga?
·         Jawapan murid:
1.         Sedih
2.       Berfikiran positif, redha, tidak terlalu memikirkannya dan berdoa.

BBM:
-         Slaid persembahan

Nilai
-         Jujur

KBKK
-         Menghubung kait

Strategi
-         Berpusatkan murid

Kemuncak
(7 minit)

1.         Edaran lembaran kerja
2.       Bimbingan guru

·         Setiap murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
·         Murid diberikan lembaran kerja.
·         Guru memberikan penerangan kepada cara menjawab lembaran kerja.
·         Dalam masa 5 minit, murid perlu menjawab soalan yang diberikan.
·         Murid LINUS dibimbing menjawab soalan pada lembaran kerja.
·         Guru mengumpulkan semua lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid.

BBM
-         Lembaran kerja
Nilai
-         Rajin

KBKK
-         Mencirikan

Strategi
-         Berpusatkan bahan
Penutup
(3 minit)

1.         Soal jawab.








2.       Rumusan P&P
2.1     Kognitif



2.2    Afektif
·         Guru bertanya kepada murid.
·         Soalan guru:
                     I.            Nyatakan cara mengatasi perasaan yang wujud apabila anda cemburu dan sedih?

·         Jawapan murid:
                     I.            Tabah, berfikiran positif, redha, menerimanya seadanya dll.

·         Kita perlu menghargai apa yang kita perolehi misalnya mendapat adik baru dan bersikap redha atas kematian yang berlaku. Tidak perlu meratapi kematian kerana itu adalah lumrah hidup.

·         Kita perlu bersikap jujur dalam meluahkan perasaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. 
Nilai
-         Jujur
KBKK
-         Menghubungkait


Strategi
-         Berpusatkan murid

Tiada ulasan: