Sabtu, 4 Mei 2013




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

PELAN B
 
Tarikh              :           18 April 2013 (Khamis)
Masa                :          0810 – 0840 (30 minit)
Tempat            :          Kelas Tahun 4B
Tahun(Kelas)   :           Tahun 5 Gembira
Bilangan Murid:           15 orang ( 7 orang lelaki & 8 orang perempuan )      
Tunjang Pembelajaran:  2. Kemahiran
Tajuk                : 2.1 Permainan (Bola Jaring)
Sub-tajuk         : Peraturan Asas Bola Jaring dan Jenis Hantaran.     
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.   menunjukkan contoh-contoh pelakuan hantaran dalam bola jaring sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jenis hantaran dengan betul.

            Kognitif :          i.  menyatakan peraturan asas dalam permainan bola jaring sekurang-kurangnya 3 daripada 5 peraturan dengan betul.
                                   ii. menyatakan contoh-contoh kesalahan dalam permainan bola jaring sekurang-kurangnya 3 daripada 5 dengan betul.
                                   iii. menyatakan jenis-jenis hantaran dalam permainan bola jaring sekurang-kurangnya 3 daripada 5 dengan betul
.

Afektif:            i.  saling bantú membantu antara rakan semasa menyiapkan lembaran kerja yang diagihkan.
                       ii. menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Kemahiran Berfikir: Menilai, menghubungkait
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah bermain bola jaring pada pengajaran lepas.
Penerapan nilai    :          Bekerjasama
Penggabungjalinan:       Sains

BSPP   :   Gambar pelakuan pelbagai jenis hantaran (5), slide persembahan, LCD projektor, lembaran kerja (15).






               
BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
CATATAN & BSPP
Set Induksi
(4 minit)
1.         Tunjuk video perlawanan bola jaring.
2.       Soal jawab.

·         Guru menunjukkan:
  1. Video perlawanan bola jaring.

·         Guru bersoal jawab bersama murid.
·         Soalan guru:
  1. Apakah permainan tersebut?
  2. Bagaimanakah mereka menghantar bola tersebut?
  3. Mengapakah wisel ditiup oleh refree?

·         Jawapan murid:
                     I.            Bola jaring
                   II.            Hantar aras dada/atas kepala/lantun
                 III.            Bola keluar/gerak kaki lebih/bola masuk/menolak orang

·         Murid dibantu oleh guru untuk membuat hubungkait antara video yang ditunjukkan dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk “Peraturan asas dan jenis hantaran dalam bola jaring”.

                                              
BBM
-         Video pendek
Nilai
-         Bekerjasama

KBKK
-         Menilai

Strategi
-         Berpusatkan murid
Perkembangan
(12 minit)
Perkembangan 1
(6 minit)














Perkembangan 2
(6 minit)


1.         Pengenalan isi pelajaran.
2.       Tayangan slaid
“Peraturan Asas Permainan Bola Jaring”
3.       Melabel “Contoh-contoh kesalahan”.












4.       Perbincangan kumpulan “Jenis-jenis hantaran”
5.       Pembentangan hasil kerja.
6.       Soal jawab.
·         Peraturan asas dalam permainan bola jaring adalah peraturan umum yang perlu diketahui oleh semua peserta atau pemain. Antaranya adalah gerak kaki, tempoh masa memegang bola, bola keluar. Melalui peraturan asas ini kita akan tahu kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan.
·         Guru menunjukkan slaid “Peraturan Asas Permainan Bola Jaring”.
·         Guru menunjukkan kad-kad label “Contoh-contoh kesalahan”.
·         Contoh kad lebel :
Gerak kaki, tolakkan, halangan dan memegang bola lebih masa.

·         Setiap murid perlu mengambil satu kad lebel.
·         Setiap murid perlu membaca dan menyatakan adakah kad tersebut merupakan kesalahan dalam permainan bola jaring atau tidak.
·         Kemudian, murid perlu meletakkan kad lebel di ruangan yang betul  pada papan tulis. 


·         Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. (1 kumpulan 5 orang).
·         Dalam masa 2 minit, bincangkan 3 jenis hantaran dalam bola jaring?
·         Selepas 2 minit, wakil kumpulan bentang hasil perbincangan.
·         Guru akan menyoal kepentingan hantaran tersebut.

BBM
-         Slaid persembahan
-         Kad label


KBKK
-         Menilai


Strategi
-         Berpusatkan murid

Kemuncak
(10 minit)

1.         Kuiz “Lembaran Kerja”.
2.       Semakan kuiz.
·         Setiap murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
·         Guru mengedarkan soalan kuiz kepada setiap murid.
·         Guru menerangkan soalan kuiz.
·         Dalam masa 10 minit, murid perlu menjawab soalan yang diedarkan.
·         Selepas 10 minit, tukarkan kertas soalan dengan rakan-rakan lain.
·         Murid-murid akan dipanggil dan memberi jawapan berdasarkan jawapan pada kertas yang mereka semak.
·         Guru akan membimbing murid-murid menyemak kertas tersebut.
BBM
-         Soalan Kuiz (Objektif)
Nilai
-         Prihatin kepada diri sendiri

KBKK
-         Menilai

Strategi
-         Berpusatkan bahan
Penutup
(4 minit)

1.         Soal jawab.









2.       Rumusan P&P
2.1     Kognitif


2.2    Afektif
·         Guru bertanya kepada murid.
·         Soalan guru:
                     I.            Apakah contoh kesalahan dalam permainan bola jaring?
                   II.            Berikan 3 jenis hantaran dalam bola jaring?

·         Jawapan murid:
                     I.            Gerak kaki / menolak pihak lawan/ menghalang pihak lawan buat jaringan.
                   II.            Hantaran paras dada/ paras bahu/ hantaran lantun

·         Kesalahan tidak akan berlaku sekiranya kita memahami peraturan asas permainan bola jaring.
·         Hantaran yang pelbagai mampu mengelirukan pihak lawan.

·         Setiap individu perlu bersikap “Fair play” apabila terlibat dalam sesuatu permainan dan perlu akur dengan keputusan pengadil.
·         Berkerjasama bersama rakan semasa sesi perbincangan.
Nilai
-         Bekerjasama
-         Bertanggungjawab

KBKK
-         Menghubungkait

Strategi
-         Berpusatkan murid


Tiada ulasan: