|
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]
Tarikh
: 17 April 2013 (Rabu)
Masa
: 0910 - 0940
Tempat : Gelanggang
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Tahun(Kelas) : 3B
Bilangan Murid: 23
orang (11 lelaki, 12 perempuan)
Fokus Pembelajaran : Berkebolehan menggolek bola pada satu
jarak dengan lakuan yang betul.
Tajuk
: Golek Bola ke Sasaran
Standard Pembelajaran : 1.4.2, 2.3.1 & 5.3.1
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i. menggolek bola ke sasaran yang disediakan
secara berpasangan sejauh 3 meter sebanyak 8 daripada 10 ulangan dengan teknik
yang betul.
ii.
menggolek bola ke sasaran yang disediakan secara berpasangan sejauh 5 meter
sebanyak 8 daripada 10 ulangan dengan teknik yang betul.
Kognitif : i. menyatakan
perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek sekurang-kurangnya 3
daripada 5 dengan betul.
Afektif: i. berkomunikasi
antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
ii. saling bantú membantu antara satu sama lain
semasa melakukan aktiviti menggolek
Kemahiran Berfikir: Menganalogi (membuat simulasi)
Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah menggolek bola pada pengajaran
lepas
Penerapan nilai : Bekerjasama
Penggabungjalinan: Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris
BSPP : Bola tenis (23), sketel (13)
EMK: Kreativiti
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
|||||||||||||||||||||
Memanaskan
Badan
(4 minit)
|
1.
Permainan
kecil (Belalang & Belatuk)
2.
Regangan
spesifik
|
·
Bahagikan kepada 2 kumpulan (lelaki dan perempuan
satu kumpulan).
·
Pilih mahu menjadi belalang atau belatuk.
·
Apabila nama belalang disebut, belalang perlu
mengejar dan menangkap belatuk.
·
Sesiapa yang ditangkap akan diletakkan di rumah
mereka.
Lakukan regangan dengan
kiraan 8:
1.
Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
2. Gerakkan
bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
3. Berpasangan,
tarik tangan pasangan perlahan-lahan dengan tekanan.
4. Tangan di
belakang, rapatkan dan tolak ke atas.
5. Lari anak
setempat dan dengan arahan guru, lari pecut setempat.
|
Berpasangan dalam satu barisan lurus
M M M M
M M
M M M M
M M
G
M M
M M M
M M
M M
M M M
M M
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
|||||||||||||||||||||
Perkembangan
(12 minit)
Perkembangan
1
Golek ke arah
sasaran berpasangan 3 meter
(4 minit)
Perkembangan
2
Golek ke arah
sasaran berpasangan 5 meter
(8 minit)
|
1.
Pengenalan
isi pelajaran
2.
Demonstrasi
3.
Latih
tubi
4.
Demonstrasi
5.
Latih
tubi
|
·
Memperkenalkan
tajuk pelajaran pada hari ini ialah menggolek bola ke arah sasaran.
·
Berpasangan,
golek bola ke arah hadapan atau ke arah rakan.
·
Pastikan bola yang digolek melalui sketel
yang disediakan.
·
Semasa
menggolek, lihat rakan dan kedudukan sketel.
·
Selepas
melihat kedudukan rakan, kemudian golek bola ke hadapan rakan.
·
Lutut
dibengkokkan sebelum bola menyentuh lantai.
·
Pastikan
tangan diluruskan semasa menggolek bola.
·
Berpasangan
lakukan seperti demonstrasi guru.
·
Jarak
antara pasangan dengan sketel sejauh 3 meter.
·
Pastikan
kaki dibengkokkan dan tangan diluruskan sebelum menggolek bola di lantai.
·
Pastikan bola digolek melalui tengah
sketel.
·
Lakukan
sebanyak 10 ulangan.
·
Berpasangan,
golek bola ke arah hadapan melintasi sketel yang disediakan.
·
Semasa
menggolek, lihat rakan dan kedudukan sketel dahulu.
·
Selepas
melihat kedudukan rakan, kemudian golek bola ke hadapan rakan.
·
Lutut
dibengkokkan sebelum bola menyentuh lantai.
·
Pastikan
tangan diluruskan semasa menggolek bola.
·
Berpasangan
lakukan seperti demonstrasi guru.
·
Jarak
antara pasangan dengan sketel sejauh 5 meter.
·
Pastikan
kaki dibengkokkan dan tangan diluruskan sebelum menggolek bola di lantai.
·
Pastikan
bola yang digolek melintasi tengah-tengah sketel.
·
Lakukan
sebanyak 10 ulangan.
Variasi:
·
Golek
ke arah kanan dan kiri dan pasangan tangap bola yang digolek.
|
|
Bola tenis (23), sketel (13)
Bola tenis (23), sketel (13)
|
|||||||||||||||||||||
Kemuncak
(10 minit)
|
Pertandingan bersyarat
“Run & Roll”
|
·
Buat 5 kumpulan kecil.
·
Buat satu barisan lurus dan pegang bahu rakan
dalam kumpulan masing-masing.
·
Mula di garisan permulaan yang disediakan.
·
A1 akan berlari ke arah kawasan sketel yang
dinamakan Roll, kemudian golek bola ke arah A2.
·
Pastikan
bola yang digolek ke arah A2 melalui bahagian tengah sketel.
·
Ulang sehingga
tamat. Murid terakhir akan golek bola sehingga garisan permulaan tadi
untuk menamatkan permainan.
·
Dilakukan sebanyak 5 ulangan dan kumpulan yang
memenangi ulangan paling banyak dikira pemenang.
·
Tepukan diberikan kepada kumpulan juara.
·
Kumpulan terakhir didenda untuk menyimpan alatan ke
stor sukan.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= sketel
|
Bola tenis (5), sketel (8)
|
|||||||||||||||||||||
Penutup
(4 minit)
|
1. Menyejukkan Badan
2. Rumusan Pelajaran
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian /
Teguran
3. Kerja Susulan
|
1.
Gerakkan
badan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
2.
Berpasangan,
tepuk otot-otot bahu dan tangan rakan perlahan-lahan.
3.
Tarik
nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.
·
Semasa
menggolek, pastikan lutut dibengkokkan dan tangan diluruskan.
·
Lihat
ke arah sasaran yang dikehendaki kemudian golek.
·
Koordinasi
mata dan tangan yang baik akan memberikan hasil yang baik contohnya bola yang
digolek tepat ke arah sasaran.
·
Kita perlu bekerjasama
semasa melakukan aktiviti.
·
Faktor
kejayaan dan kegagalan adalah berpunca daripada semangat berpasukan.
·
Boleh lakukan
aktiviti menggolek bersama rakan-rakan contohnya golek ke arah tina tau
botol.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
CATATAN SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Bil.
|
KOMEN/CATATAN
|
SEMAKAN OLEH
|
1.
|
|
____________________________________
( )
Guru Pembimbing
Tarikh: ____________________________
|
2.
|
|
____________________________________
(
)
Guru Besar
Tarikh: ____________________________
|
3.
|
|
_____________________________
(
)
Pensyarah Penyelia
Tarikh: ____________________________
|
BORANG CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ISU / PERKARA
YANG DIBERI
|
BUKTI / ANALISIS / PENJELASAN
|
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
(PENCEGAHAN / PENAMBAHBAIKAN)
|
KEKUATAN /
KELEBIHAN
|
|
|
KELEMAHAN / KEKURANGAN
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan