Khamis, 14 Ogos 2014

Kertas Cadangan Projek Pemurnian Papan Notis

KERTAS CADANGAN PROJEK BERPASANGAN


KERTAS CADANGAN PEMURNIAN PAPAN NOTIS DI RUANG LEGAR BILIK GURU
SK SIBU JAYA, SIBU


DISEDIAKAN OLEH:
DESMOND DANIEL AK COPTA
WONG HUNG HUONG

GURU PELATIH
PISMP PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



INTERNSHIP
KERTAS CADANGAN PROJEK/ AKTIVITI
Nama Pelajar           : Desmond Daniel Ak Copta & Wong Hung Huong
Program                    : PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011
Nama Sekolah         : SK Sibu Jaya, Sibu
Nama Projek/ Aktiviti          : Pemurnian Papan Notis Di Ruang Legar Bilik Guru
Tempoh Pelaksanaan        : 1 Minggu

RASIONAL:
Projek ini dijalankan untuk menceriakan lagi papan notis supaya agar tidak kelihatan suram dan segala maklumat-maklumat dan aktiviti-aktiviti berkaitan terutama maklumat terkini dapat disebarkan melalui papan notis ini. Selain itu, papan notis ini juga menjadi salah satu tempat untuk para guru mendapatkan makluman terkini daripada pelbagai pihak terutama sekali pihak pentadbiran.

OBJEKTIF:
1)    Memurnikan papan notis pada ruang legar bilik guru.
2)    Memudahkan penyebaran maklumat-maklumat terkini daripada pihak pentadbiran kepada para guru.
3)    Meningkatkan keceriaan papan notis agar kelihatan menarik, kemas dan teratur.
4)    Memberi ruang kepada guru pelatih untuk menguji daya kreativiti dalam menghasilkan ruangan yang kreatif.

ANJURAN:
Guru Pelatih INTERNSHIP Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

TARIKH:
14 Julai – 18 Julai 2014 ( 1 minggu)

TEMPAT PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI:
Ruang Legar Bilik Guru SK Sibu Jaya, SIbu

JAWATANKUASA INDUK:
Penaung                               : En. Beruin Luang
                                               Guru Besar SK Sibu Jaya, Sibu
Penasihat                             : 1. En. Abd Wahid B. Hashim (Pen. Kanan HEM)
                                                 2. En. Moslem B. Jaraie (Pen. Kanan 1)
                                                 3. En. Nasrulhisyam Abdullah (Pen. Kanan KK)
Guru Mentor                         : Ust Mohd. Marzuki B. Abu Bakar

JAWATANKUASA KERJA:
Pengerusi                             : Desmond Daniel Ak Copta
Setiausaha                           : Wong Hung Huong
AJK Pelaksana Projek       : Desmond Daniel Ak Copta





ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
Bahan

Kuantiti
Harga Seunit
Jumlah
1.
Mounting Board **
1
RM 5.00
RM 5.00
2.
Riben **
1
RM 1.50
RM 1.50
3.
Kain **
3 meter
RM 2.50
RM 7.50

                                                                 Jumlah keseluruhan
RM 14.00
(** Segala perbelanjaan telah ditanggung oleh guru pelatih)

STRATEGI PELAKSANAAN:
Bagi melicinkan perjalanan penyediaan projek ini, kami memutuskan untuk melaksanakan projek ini mengikut peringkat-peringkat yang disediakan seperti berikut:
Bil.
Strategi Pelaksanaan
Huraian

1.
Merancang dan Melihat
ü  Merancang dan melihat keadaan papan notis di sekitar kawasan sekolah.
ü  Mengenalpasti papan notis yang kelihatan suram yakni di kawasan ruang legar bilik guru.
ü  Memikirkan alatan-alatan yang diperlukan serta bahan-bahan yang akan digunakan untuk memurnikan papan notis tersebut.
ü  Berbincang bersama guru mentor untuk perbincangan secara verbal.
ü  Menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak sekolah.
2.
Penyediaan
ü  Menyediakan alatan-alatan yang diperlukan untuk menghias papan notis bagi melancarkan proses pelaksanaan projek ini.
ü  Contoh alatan seperti riben, plastik laminate, kertas, gunting, kain dan sebagainya untuk digunakan bagi menghias papan notis.
3.
Pelaksanaaan 1
ü  Pelaksanaan 1 adalah untuk menghias latar belakang papan notis.
ü  Mula menghias latar belakang papan notis dengan kain-kain yang baru dan juga riben.
4.
Pelaksanaan 2
ü  Pelaksanaan 2 adalah untuk menyediakan corak-corak kemasan untuk menceriakan lagi papan notis tersebut.
ü  Melekatkan maklumat-maklumat umum sekolah dan menyediakan ruangan khas untuk maklumat terkini.
5.
Pemantauan
ü  Pada peringkat ini merupakan peringkat untuk melihat sejauh mana keberkesanan papan notis tersebut dalam menarik minat para guru untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini yang disampaikan oleh pihak pentadbiran atau pihak-pihak yang berkaitan.

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI
Persediaan sebelum aktiviti dilaksanakan:
      i.        Melihat keadaan papan notis di sekitar sekolah.
    ii.        Merancang cara-cara menghias, bahan-bahan penghiasan yang diperlukan, alatan-alatan untuk melaksanakan projek dan maklumat-maklumat yang bersesuaian untuk ditampilkan di papan notis.
   iii.        Menyediakan senarai semak yang diperlukan untuk pelaksanaan projek memurnikan papan notis yang terdapat pada ruang legar bilik guru.
   iv.        Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk pelaksanaan projek memurnikan papan notis tersebut.  

Senarai Semak Projek
Tarikh
Bil
Aktiviti
(/) jika telah dilaksanakan
14 Julai
1.
Menghasilkan kertas cadangan tentang projek.

2.
Perbincangan bersama dengan mentor.

3.
Perbincangan bersama dengan guru besar.

4.
Melihat keadaan papan notis pada ruang legar bilik guru dan mengambil gambar.

5.
Merancang cara-cara menghias dan bahan-bahan serta alatan-alatan yang diperlukan.

6.
Menyediakan bahan-bahan dan alatan-alatan untuk menghias papan notis.

15 Julai
7.
Menurunkan semua notis-notis pada papan notis tersebut.

8.
Mengambil gambar keadaan papan notis.

9.
Menukarkan latar belakang papan notis dengan kain yang baru.

10.
Membahagikan papan notis kepada beberapa bahagian dengan menggunakan riben.

11.
Mengambil gambar papan notis yang mempunyai latar belakang yang baru.

16 Julai
12.
Menyediakan corak-corak untuk kemasan papan notis.

13.
Menyediakan ruangan khas yang baru.

14.
Hias bahan-bahan tersebut dan lekatkan pada papan notis dengan cantik dan kemas.

15.
Ambil gambar setelah selesai.

17 Julai
16.
 Melihat keberkesanan penggunaan papan notis dan maklum balas daripada pihak sekolah.

17.
Ambil gambar keseluruhan pemurnian papan notis.

18.

Buat laporan tentang projek pemurnian papan notis tersebut.


Berikut merupakan papan notis yang dicadangkan untuk dimurnikan.
PENUTUP:

Adalah diharapkan agar cadangan memurnikan papan notis yang terdapat pada ruang legar bilik guru dapat diluluskan bagi membolehkan kami meningkatkan lagi keceriaan papan notis tersebut agar kelihatan lebih ceria daripada sebelum ini yang suram dan kurang menarik perhatian. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang gemar memandang sesuatu benda yang cantik, kemas, dan ceria.

Tiada ulasan: