Khamis, 14 Ogos 2014

Kertas Kerja Projek Perhimpunan


KERTAS CADANGAN PROJEK BERPASANGAN


KERTAS CADANGAN  PERHIMPUNAN KHAS
SK SIBU JAYA, SIBU


DISEDIAKAN OLEH:
DESMOND DANIEL AK COPTA
WONG HUNG HUONG


GURU PELATIH
PISMP PENDIDIKAN JASMANI (PJ)
AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



INTERNSHIP
KERTAS CADANGAN PROJEK/ AKTIVITI
Nama Pelajar           : Desmond Daniel Ak Copta
Program                    : PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011
Nama Sekolah         : SK Sibu Jaya
Nama Projek/ Aktiviti          : Perhimpunan Mingguan Khas
Tempoh Pelaksanaan        : 4 Minggu

RASIONAL:
Seperti mana yang digariskan dalam Garis Panduan Internship menyatakan bahawa Internship merupakan satu program di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Justeru, kami dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang dirancang dan disediakan yang mana aktiviti tersebut berkait dengan aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah yakni mengendalikan perhimpunan.
Oleh demikian, melalui aktiviti ini kami akan berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti secara hands-on. Melalui aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran untuk menguruskan sesuatu aktiviti di sekolah yakni perhimpunan sekolah.

OBJEKTIF:
1)    Mempelajari cara menguruskan perhimpunan sekolah.
2)    Memantapkan kemahiran komunkasi dengan warga sekolah.
3)    Melatih, membimbing dan mengurus murid-murid dalam sesuatu aktiviti.
4)    Memantapkan lagi aspek interpersonal dan intrapersonal di hadapan warga sekolah terutama dalam menyusun atur aktiviti yang akan dilaksanakan.

ANJURAN:
Guru Pelatih INTERNSHIP Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

TARIKH:
07 Julai – 08 Ogos 2014

TEMPAT PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI:
Dataran Sekolah SK Sibu Jaya, Sibu

JAWATANKUASA INDUK:
Penaung                               : En. Beruin Luang
                                               Guru Besar SK Sibu Jaya, Sibu
Penasihat                            : 1. En. Abd Wahid B. Hashim (Pen. Kanan HEM)
                                                 2. En. Moslem B. Jaraie (Pen. Kanan 1)
                                                 3. En. Nasrulhisyam Abdullah (Pen. Kanan KK)
Guru Mentor                         : Ust Mohd. Marzuki B. Abu Bakar

JAWATANKUASA KERJA:
Pengerusi                             : Desmond Daniel Ak Copta
Setiausaha                           : Wong Hung Huong
Pengacara Majlis                : Desmond Daniel Ak Copta
Ucapan Khas                       : Wong Hung Huong
Siaraya                                 : En. Tan Beng Teck (Guru Akademik)
                                               : En. Duli Ak Abas (Guru Akademik)
Dokumentasi                                   : Wong Hung Huong
Keselamatan/Susun Atur Murid   : Pengawas Sekolah
AJK Peralatan                     : Kelas Bertugas

STRATEGI PELAKSANAAN:
Bagi melicinkan perjalanan penyediaan projek ini, kami memutuskan untuk melaksanakan projek ini mengikut peringkat-peringkat yang disediakan seperti berikut:

Bil.
Strategi Pelaksanaan
Huraian

1.
Merancang dan Melihat
ü  Berbincang bersama guru mentor untuk perbincangan secara verbal.
ü  Memilih kumpulan sasaran.
ü  Merancang aktiviti yang bakal dijalankan
ü  Menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak sekolah.
2.
Penyediaan
ü  Berhubung dengan guru yang mengendalikan alatan audio dalam usaha mendapatkan bantuan daripada mereka untuk membantu melancarkan majlis.
ü  Berbincang dan berhubung dengan guru mentor dan guru-guru lain berkaitan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam menjalankan perhimpunan.
ü  Berbincang dan menyediakan tentatif program.
3.
Pelaksanaaan
ü  Memaklumkan guru mentor akan pelaksanaan dari semasa ke semasa.
ü  Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah disediakan.


PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI
Persediaan sebelum aktiviti dilaksanakan:
      i.        Perbincangan dengan pihak sekolah.
    ii.        Merancang aktiviti yang mampu dijalankan .
   iii.        Membuat kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak sekolah.
   iv.        Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan

BIL.
AKTIVITI
CADANGAN
TARIKH
1.     
Perbincangan bersama mentor dan pengurusan sekolah
09 / 07 / 14
2.     
Merancang dan memilih aktiviti yang sesuai untuk diselitkan dalam perhimpunan.
10 / 07 / 14
3.     
Berbincang dengan mentor dan pengurusan sekolah tentang perjalanan aktiviti yang bakal berlangsung.
01 / 08 / 14



TENTATIF PROGRAM:
Masa
Aktiviti
0645

·         Ketibaan para guru dan murid.
·         Semua murid berkumpul di dataran.
·         Persediaan alatan audio.
·         Persediaan tempat.
·         Semua murid dan guru mengambil tempat masing-masing.
0700
·         Perhimpunan dimulakan.
·         Nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Sekolah
·         Ucapan daripada Guru Besar
·         Ucapan daripada guru PK
·         Ucapan daripada wakil guru pelatih
·         Penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah, guru pembimbing praktikum Fasa 3 dan mentor Internship(Cg. Mohd. Marzuki & Cg. Jameri)
·         Pengumuman (Senamrobik) atau daripada guru-guru lain
·         Nyanyian lagu Ibu PertiwiKu
0730
·         Perhimpunan tamat
·         Bersurai

PENUTUP:

Adalah diharapkan agar cadangan aktiviti perhimpunan khas dapat diluluskan bagi membolehkan kami belajar cara menguruskan sesuatu perhimpunan dan memberi kami peluang menguruskan murid dalam sesuatu aktiviti apabila berada di sekolah kelak. Ini kerana guru bukan sahaja mengajar dalam bilik darjah  apabila berada di sekolah malah banyak lagi tugas-tugas lain yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh guru bagi memastikan pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

1 ulasan:

edonanagengast berkata...

What happens if I get a payout in a casino? - DrmCD
A casino won't pay for the winning ticket. It'll payout back 경주 출장마사지 the winning 여주 출장마사지 number, 인천광역 출장마사지 not 제천 출장샵 the However, if 광명 출장샵 you are not winning, you won't be paid out,