Khamis, 14 Ogos 2014

RPH PJ Tahun 3 KSSR (Rangkaian Kreatif)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :          16 Julai 2014 (Rabu)
Masa                :         0830 – 0900   
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   :         Tahun 3 Alamanda  
Bilangan Murid :         40 orang (15 orang lelaki, 25 orang perempuan)
Fokus Pembelajaran: Berkebolehan melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut irama.
Tajuk                : Rangkaian Kreatif  
Standard Pembelajaran : 1.5.1, 2.4.1 & 5.4.2
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo.

            Kognitif :          i.  membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo.        
                       
Afektif:            i.  melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.

Kemahiran Berfikir: Membanding beza
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah menari dan menjalani kemahiran pada pengajaran yang lepas.   
Penerapan nilai          : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan     : Pendidikan Muzik

BSPP : Laptop, Muzik, speaker (1), bangku panjang (1), skital besar (5), skital kecil (10), gelung rotan (5)

EMK: Kreativiti dan inovasi 







BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.    Latihan bebas. 








2.    Regangan dinamik










1.    Lakukan pergerakan lokomotor seperti berikut apabila wisel ditiup:
-       Berlari anak ke arah hadapan dan belakang.
-       Melompat ke kiri dan kanan
-       Berjalan lurus ke hadapan dan mengundur ke belakang.
-       Merangkak seperti kucing

Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.    Lari anak apabila diberi arahan dan lari pecut setempat apabila wisel ditiup.

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M


                      G
 
 











Petunjuk:
G = Guru
M = Murid


Perkembangan
(15 minit)


Perkembangan 1
 (7 minit)
















Perkembangan 2
 (8 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran


2.    Aktiviti 1
(Penerokaan Hutan)
















3.    Aktiviti 2
(Persembahan penerokaan hutan)

·         Aktiviti hari ini ialah pergerakan berirama iaitu “Kembara Hutan”.


·         Lakukan pergerakan lokomotor dengan membayangkan berada di dalam hutan.
·         Bergerak melepasi bangku panjang seperti melepasi balak.
·         Melonjak melepasi gelung rotan seperti melepasi anak sungai.
·         Bergerak perlahan-lahan di celah skital mengikut laluan zig-zag, melengkung atau lurus seperti bergerak di celah-celah batu.

Fokus Pembelajaran:
      I.        Lakukan aktiviti menggunakan pergerakan lokomotor mengikut kreativiti masing-masing.

·         Dengan iringan muzik, lakukan pergerakan berikut mengikut kumpulan masing-masing.
·         Bergerak melepasi bangku panjang seperti melepasi balak.
·         Melonjak melepasi gelung rotan seperti melepasi anak sungai.
·         Bergerak perlahan-lahan di celah skital mengikut laluan zig-zag, melengkung atau lurus seperti bergerak di celah-celah batu.

Fokus Pembelajaran:
·         Lakukan aksi mengikut kreativiti.
·         Lakukan aksi mengikut rentak muzik.














Bangku panjang (1), skital besar (5), skital kecil (10), gelung rotan (5)
Laptop, Muzik dan speaker (1)
Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan dahulu.
·         Jarak antara murid diberi penekanan supaya tidak berlaku pelangggaran dan murid selesa melakukan aktiviti.



Kemuncak
(7 minit)
Haiwan Hutan Yang Kreatif
·         Dalam kumpulan kecil, bincang dan pilih sejenis haiwan yang dikehendaki.
·         Rancang pergerakan haiwan yang dipilih mengikut muzik.
·         Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan haiwan hutan mengikut muzik.
·         Kumpulan lain cuba meneka haiwan yang dipersembahkan.
·         Kumpulan lain juga akan melakukan pergerakan seperti yang dilakukan oleh kumpulan yang membuat persembahan.
  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

                      G
 










Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
                     = Pentas

Laptop, muzik, speaker (1)

Catatan:
·         Guru akan melakukan demonstrasi terlebih dahulu.
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan




2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor




2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

3. Kerja Susulan
  

1.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Lakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing.
·         Bezakan yang manakah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.


·         Kita perlu bekerjasama dan berani menerima cabaran yang diberikan.


·         Menonton atau mengakses internet untuk melihat pergerakan haiwan. 
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid













Tiada ulasan: