Isnin, 11 Ogos 2014

RPH PJ TAHUN 4 KSSR (SERVIS MENGGUNAKAN KAKI)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :          4 April 2014 (Jumaat)
Masa               :          0900 – 0930  
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   :         Tahun 4 Alamanda  
Bilangan Murid :         40 orang ( 15 lelaki & 25 perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori jaring dengan lakuan yang betul.
Tajuk                :   Servis Menggunakan Kaki  
Standard Pembelajaran : 1.7.2, 2.7.1 & 5.3.1   
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  melakukan servis dengan menggunakan kaki.  

            Kognitif :          i.  mengenalpasti titik kontak semasa melakukan servis menggunakan kaki, menerima dan menghantar bola.
                                  
Afektif:            i.  berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan servis menggunakan kaki.      
                       ii. memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti servis menggunakan kaki dan bersedia menerima cabaran.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah membuat servis menggunakan kaki. 
Penerapan nilai          : Kerjasama
Penggabungjalinan     : Pendidikan Moral

BSPP   : Bola getah (20), gelung rotan (18) , skital (16) 

EMK: Kreativiti






BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.         Latihan bebas menggunakan bola.







2.       Regangan dinamik










·         Berpasangan, ambil sebiji bola.
·         Hantar bola ke arah rakan secara perlahan, laju, rendah dan tinggi.
·         Pasangan perlu tangkap bola yang dihantar oleh pasangan mereka.
·         Kemudian, lakukan perkara sama secara bergilir-gilir.
·         Tukar hantaran menggunakan kaki.

Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.         Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.       Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.       Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.       Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.       Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.       Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.       Lari setempat secara perlahan, apabila wisel dibunyikan lari pantas.
Berpasangan
 

  M         M         M        M      M      M


 


  M         M         M        M      M      M

                          G 

Petunjuk:
G = Guru
M = Murid


          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 
Semasa regangan dinamik







Petunjuk:
G   = Guru
M  = Murid 
Bola getah (20)
Perkembangan
(15 minit)


Perkembangan 1
 (7 minit)













Perkembangan 2
 (8 minit)

1.         Pengenalan isi pelajaran



2.       Servis menggunakan kaki














3.       Aktiviti 1 (Servis Ke Arah Sasaran)










·         Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini ialah jom servis.


·         Servis bola menggunakan kaki ke arah pasangan.
·         Pasangan perlu tangkap bola yang diservis oleh pasangan mereka.
·         Kemudian, lakukan perkara sama secara bergilir-gilir.
Fokus Pembelajaran:
·         Servis menggunakan dalam kaki ke arah rakan.
·         Pukul bola pada bahagian bawah bola supaya bole lambung ke atas.
·         Lihat kedudukan rakan sebelum melakukan servis.


·         Dalam kumpulan kecil.
·         Lakukan servis menggunakan tangan ke arah gelung rotan.
·         Ulang aktiviti dengan menggunakan kaki.

Fokus Pembelajaran:
·         Servis menggunakan tapak tangan dan dalam kaki ke arah sasaran.
·         Lihat arah sasaran sebelum melakukan servis.

Berpasangan
 

  M         M         M        M      M      M




  M         M         M        M      M      M
                          G 

Petunjuk:
G = Guru
M = Murid






7 kumpulan = 5/6 orang/kumpulan




Bola getah (20)

Catatan:
·         Guru melakukan demonstrasi servis bola menggunakan
kaki.
·         Jarak di antara murid diberi perhatian untuk aspek keselamatan.








Bola getah (20), gelung rotan (18)

Catatan:
·         Guru melakukan demonstrasi servis bola menggunakan tangan dan kaki.
·         Jarak di antara murid diberi perhatian untuk aspek keselamatan.
Kemuncak
(7 minit)
Permainan Kecil

“Siapa paling hebat servis”
·          Dalam kumpulan, buat barisan.
·         Servis menggunakan kaki ke arah sasaran.
·         Pastikan bola yang diservis jatuh atau berada di kawasan (petak) yang telah disediakan.
·         2 mata sekiranya bola jatuh atau masuk ke dalam gelung rotan.
·         1 mata bagi kumpulan yang berjaya menjatuhkan bola ke kawasan skital yang disediakan.
·         Tiada mata bagi bola yang jatuh atau terkeluar daripada petak.
·         Kumpulan yang mengumpul mata paling banyak merupakan Kumpulan paling hebat servis.

7 kumpulan = 5/6 orang/kumpulan
M                     M                     M
M                     M                     M
M                     M                     M

             G
 
Bola getah (20), skital (16), gelung rotan (18)
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan






2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor




2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

3. Kerja Susulan
  

1.         Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
2.       Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
3.       Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Servis menggunakan tapak tangan atau dalam kaki ke arah rakan.
·         Pukul bola pada bahagian bawah bola supaya bole lambung ke atas.
·         Lihat kedudukan rakan sebelum melakukan servis.

·         Kita perlu bekerjasama dan bertoleransi semasa melakukan aktiviti itulah resepi kejayaan.

·         Mencari maklumat berkaitan aktiviti yang menggunakan servis kaki dalam permainan.
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid










Tiada ulasan: