Isnin, 18 Ogos 2014
Doaku kepadaMu
Hari ini ku rasa gembira...
Aku gembira bersama dia...
Aku gembira kerana Dia sentiasa memberi aku rezeki yang baik...
Terima kasih aku ucapkan kepada Mu...
Terima kasih Tuhan atas pemberian Mu yang tak ternilai harganya...
Aku bersyukur dengan apa yang telah engkau berikan kepada aku...
Berkatilah keluarga aku, pasangan hidupku, saudaraku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku, rakan-rakanku dan individu yang mengenali diriku ini...
Ampunkanlah dosa-dosaku seperti mana aku mengampuni dosa-dosa mereka yang membuat jahat kepadaku...
Jauhkanlah aku daripada bencana dan dekatkanlah aku dengan diriMu...
Ku mohon kepadamu Tuhan agar memberkati pengajian kami agar kami berjaya ditempatkan di sekolah di seluruh Malaysia tidak kira di mana kami ditempatkan. Permudahkanlah segala urusan agar berjalan dengan lancar. Berkatilah kami agar menjadi seorang guru yang berkualiti dan guru sebenar guru.
Amen...
Khamis, 14 Ogos 2014
Laporan Bergambar Projek INTERNSHIP 2014 SK SIbu Jaya
LAPORAN BERGAMBAR PROJEK INTERNSHIP
Pemurnian papan notis dalam proses. |
Beginilah keadaan stor sukan yang telah disusun atur. |
Poster senamrobik sepagi bersama........ |
Ruangan PJ dan PK. |
Papan notis Stor Sukan |
Sudut PK. |
Sudut PK |
Projek menceriakan Dinding Pagar Sekolah. |
Projek bersama sifu PSV |
Antara hasilnya. |
Projek senamrobik.............. |
Full house.... |
Beginilah keadaan senamrobik.. |
Kertas Kerja Projek Senamrobik Sepagi Bersama...
KERTAS CADANGAN PROJEK INDIVIDU
KERTAS CADANGAN SENAMROBIK SEPAGI BERSAMA
SK SIBU JAYA, SIBU
DISEDIAKAN OLEH:
DESMOND DANIEL AK COPTA
910817 – 13 – 5659
GURU PELATIH
PISMP PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJANG
INTERNSHIP
KERTAS CADANGAN PROJEK/ AKTIVITI
Nama Pelajar : Desmond Daniel Ak Copta
Program : PISMP Pendidikan Jasmani
Ambilan Januari 2011
Nama Sekolah : SK Sibu Jaya, Sibu
Nama Projek/
Aktiviti : Senamrobik Sepagi
Bersama
Tempoh
Pelaksanaan : 4 Minggu (Termasuk
persediaan)
RASIONAL:
Senamrobik
mingguan di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi
memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih Pendidikan
Jasmani dari IPG Kampus Rajang sesuai menjalankan program ini bagi memberi
pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk dipraktikkan di sekolah. Di samping
itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu sejurus melahirkan murid dan guru
yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat
dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang murid.
MATLAMAT:
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid
yang cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu
dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid
akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan
muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di
samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Selain itu,
projek atau aktiviti senamrobik ini dijalankan adalah bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan pada diri saya dalam mengetuai sesebuah persembahan
senamrobik. Ini kerana saya telahpun memiliki sijil Senamrobik Tahap 1 dan
projek ini dijalankan bermatlamat untuk mengaplikasikan apa yang telah
diperolehi semasa kursus tersebut dalam bentuk realiti.
Malah, saya
juga mahu memperbaiki dan meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan audien
yang ramai selain menguji keupayaan diri saya dalam menguruskan sesuatu program
sekolah yakni menjadi platform kepada saya dalam kemahiran mengurus.
OBJEKTIF:
- Memberi
peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
- Menggalakkan
murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
- Mengeratkan
silaturrahim antara murid dan guru.
- Mengisi
masa terluang murid.
- Meningkatkan
keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
- Melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
ANJURAN:
Guru Pelatih INTERNSHIP Institut Pendidikan Guru Kampus
Rajang.
TARIKH
DAN TEMPOH PERLAKSANAAN:
1.
Tarikh yang dicadangkan ialah pada 8 Ogos 2014 (Hari
Jumaat) iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.
2.
Masa cadangan pelaksanaan pada pukul 7.00 pagi sehingga
8.00 pagi.
TEMPAT
PELAKSANAAN:
Dataran Sekolah SK Sibu Jaya.
KUMPULAN
SASARAN / PENYERTAAN:
1.
Guru – guru sesi pagi SK Sibu Jaya.
2.
Semua murid tahun 3, 4,5 dan 6 SK Sibu Jaya.
JAWATANKUASA
INDUK:
Penaung :
En. Beruin Luang
Guru
Besar SK Sibu Jaya, Sibu
Penasihat : 1. En. Abd Wahid B. Hashim (Pen.
Kanan HEM)
2. En. Moslem B. Jaraie (Pen. Kanan 1)
3. En. Nasrulhisyam Abdullah (Pen. Kanan KK)
Guru Mentor :
Ust Mohd. Marzuki B. Abu Bakar
JAWATANKUASA
KERJA:
Pengerusi :
Desmond Daniel Ak Copta
Setiausaha : Wong Hung Huong
AJK Pelaksana Projek :
Desmond Daniel Ak Copta
Instruktor
Senamrobik : Desmond Daniel Ak
Copta & Murid Tahun 4 Mawar
Penceramah
Kesihatan :
Siaraya :
En. Tan Beng Teck (Guru Akademik)
:
En. Duli Ak Abas (Guru Akademik)
Dokumentasi :
Wong Hung Huong
Juruacara :
Murid Tahun 6 (Akan dipilih)
Keselamatan/Susun Atur Murid : Pengawas Sekolah
TENTATIF
PROGRAM:
Masa
|
Aktiviti
|
0645
|
·
Ketibaan para guru dan murid.
·
Semua murid berkumpul di dataran.
·
Persediaan alatan audio.
·
Persediaan tempat.
·
Semua murid dan guru mengambil tempat masing-masing.
|
0700
|
·
Ucapan ringkas daripada Guru Besar.
·
Perasmian Senamrobik Sepagi Bersama
|
0700 – 0730
|
·
Senamrobik dimulakan
|
0740
|
·
Taklimat berkaitan kesihatan daripada wakil Doktor
Muda
|
0800
|
·
Bersurai
·
Murid kembali ke kelas masing-masing.
|
PERANCANGAN
TAMBAHAN:
Perancangan tambahan dilaksanakan sekiranya berlaku
cuaca yang tidak mengizinkan misalnya hujan lebat. Antara perancangannya
adalah:
- Menjalankan
taklimat berkaitan asas-asas senamrobik dan demonstrasi pergerakan.
- Dijalankan
di ruang legar bangunan kelas (Di bawah bangunan kelas).
STRATEGI
PELAKSANAAN:
Bagi melicinkan perjalanan penyediaan projek ini, saya
memutuskan untuk melaksanakan projek ini mengikut peringkat-peringkat yang
disediakan seperti berikut:
Bil.
|
Strategi Pelaksanaan
|
Huraian
|
1.
|
Perancangan
|
ü Mencari
idea melalui carian di laman sesawang dan mengimbas kembali aktiviti yang
telah dilakukan dahulu untuk dijadikan projek.
ü Membuat
penilaian kemampuan dan kebolehan untuk menguruskan projek yang terlintas di
fikiran.
ü Berbincang
bersama guru mentor untuk perbincangan secara verbal.
ü Menyediakan
kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak sekolah.
|
2.
|
Persediaan
|
ü Membuat
tempahan untuk sistem audio bersama guru yang bertanggungjawab.
ü Berbincang
bersama guru mentor untuk mendapatkan bimbingan.
ü Memilih
beberapa orang murid untuk turut serta mengendalikan persembahan di atas
pentas bersama instruktor.
ü Memilih
muzik yang sesuai.
ü Menjalankan
latihan pergerakan.
ü Memaklumkan
kepada semua murid dan guru akan tarikh pelaksanaan.
ü Menyediakan
Pelan B.
|
3.
|
Pelaksanaaan
|
ü Memastikan
kawasan menjalankan program selamat dan cukup untuk menampung bilangan
murid-murid dan guru-guru.
|
5.
|
Pelaporan
|
ü Pada
peringkat ini merupakan peringkat di mana saya akan menyediakan laporan
secara bertulis dan diseerahkan kepada guru besar dan guru mentor untuk
penilaian.
ü Saya
juga menyediakan laporan untuk dimasukkan ke dalam portfolio INTERNSHIP.
|
PELAN TINDAKAN
PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI
Persediaan sebelum aktiviti dilaksanakan:
1.
Membuat penilaian individu berhubung kemampuan dan
kebolehan menguruskan projek.
2.
Membuat perbincangan bersama guru mentor berhubung
cadangan untuk pelaksanaan projek.
3.
Menyediakan kertas kerja projek untuk disahkan oleh pihak
sekolah.
4.
Mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah untuk
kebenaran menganjurkan program tersebut.
Senarai Semak
Projek
Minggu
|
Bil
|
Aktiviti
|
(/) jika telah
dilaksanakan
|
1
|
1.
|
Menghasilkan kertas cadangan tentang projek.
|
|
2.
|
Perbincangan bersama dengan mentor.
|
|
|
3.
|
Perbincangan bersama dengan guru besar.
|
|
|
4.
|
Mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah.
|
|
|
2
|
5.
|
Membentuk AJK
|
|
6.
|
Memilih beberapa orang murid untuk turut serta bersama
instruktor.
|
|
|
7.
|
Memilih muzik.
|
|
|
8.
|
Menyediakan rutin pergerakan.
|
|
|
3
|
9.
|
Makluman kepada para guru dan murid-murid berhubung
program.
|
|
10.
|
Menyediakan Plan B.
|
|
|
11.
|
Menjalankan latihan.
|
|
|
4
|
12.
|
Mengumpulkan
semua gambar sebagai dokumentasi.
|
|
13.
|
Membuat refleksi kendiri berkaitan projek.
|
|
|
14.
|
Membuat laporan tentang projek.
|
|
PENUTUP:
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti yang saya cuba
sampaikan di dalam program senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian murid disamping memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak Tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)